Mar 14, 2017

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah).  Todia. Application dah buka. So guys please apply. Mohon di https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/

Ok. Nak share pengalaman HLP CBBP & HLP Separa ni.

Back in 2014 actually. My wife mohon HLP CBBP. So step utk HLP CBBP ni mohon dekat website MOHE. Pastikan upload semua dokumen yang diperlukan. Next tunggu panggilan untuk temuduga.  Biasanya temuduga dekat JPP. Masa interview haritu, my wife interview skali dengan SLAB/SLAI. So agak competitive sebab candidate lagi sorang tu RA kat U & dia mohon Fizik. My wife mohon Math Engine. So agak stress masa sesi interview dgn panel.

Alhamdulillah. Rezeki. Dapat ke next stage. Macam audition AF plak. Kena pergi kursus QA. Qualitative Analysis. By that time kursus ni dekat PTSS Perlis. Biasanya dekat EDC UUM. This year pun dekat UUM jugak. So berkampung la 2 weeks dekat Perlis. Kursus QA ni ada test. Kena LULUS. Batch tahun lepas kalau tak lulus terus tawaran ditolak. Gila kejam. So this year tak tau la camne.

Sementara tunggu result QA tu bolehlah mohon ke Universiti. Kalau level master ni local U jelah layak. Nak g oversea tu macam tak lepas je. Bila dah mohon tu & dapat tu, pastikan isi borang dan maklumkan kepada Bahagian Biasiswa dekat Putrajaya. Bahagian Sumber Manusia pun kena inform sebab nak pool atau tak stay poli/kk yang lama.

Ok. Nak share elaun² yang agak masyuk bila dapat HLP ni. Dah nama pun Hadiah. Mesti la best.

  •  Elaun Sara Hidup 3 bulan sekali. Elaun ni tak sama ikut U ye. Kalau U dekat bandar lagi tinggi elaun dia. Kalau macam U yang contohnya UUM elaun kurang sikit.
  • Yuran Pengajian akan direct kepada bendahari U. Tapi most of the time lambat masuk. Bertabahlah.
  • Elaun Buku setahun sekali
  • Elaun Tesis kena tuntut lepas siap tesis. So kalau coursework tak dapat la elaun tesis ni.
  • Elaun Alat perkakas setahun sekali
  • Elaun Bantuan Keluarga vs Elaun Bantuan Sewa Rumah. So boleh pilih salah satu. 
  • Elaun Penempatan bila pindah dari poli ke U. Pun boleh claim.
  • Elaun Akhir Pengajian
  • Banyak lagi elaun. Boleh google.
COLA juga akan bertukar mengikut U yang dipohon. Contohnya my wife kerja dkt Sabak bernam (luar bandar RM150). So COLA up dapat RM300 sebab belajar kat UiTM S.Alam.

Kontrak lepas abis belajar ialah selama 5 Tahun. Kalau sebelum ni kontrak tulis "Berkhidmat Dengan Kerajaan Malaysia". So ramai lepas abis belajar lompat ke Universiti. Start 2014, term tu dah tukar. Berkhidmat Dengan JPP / JPKK. 

Ok. Now nak share pasal HLP Separa plak.  

HLP Separa ni boleh mohon bila dah masuk U. Means dah dapat offer letter. Beza dengan HLP CBBP. HLP Separa ni kita kerja macam biasa. HLP hanya bayar yuran pengajian sahaja. 1 semester RM5,000. Kalau macam uitm yang yuran rm2k tu, baki 3k fwd ke semester hadapan. Jangan berangan dia nak kredit ke bank kita. hahahaha. 

Cuma bila mohon HLP Separa ni, konsep dia pihak Biasiswa akan check dengan teliti dokumen yang dihantar sebab tiada temuduga. So konsep semak dokumen ni mmg teliti gila waima tak tulis tarikh pun kena reject. 

Apa² good luck kepada yang mohon HLP ni. Ingatlah. Ini adalah Hadiah. Tuan puan yang mohon. Bukan paksaan. Jadi bila dah habis belajar redha jelah kena re-posting dekat mana sebab KPT dah sponsor belajar. Kenalah akur.



Jun 24, 2015

Buku dah sampai

Yeah. Alhamdulillah. Buku yang dipesan secara online dekat MPH Online dah selamat sampai. Terima kasih abang posmen. Sorry la lama tunggu saya. Hehehehe.

Sekotak baq hang



Ni buku untuk isteri tersayang. Novel Eksperimen Cinta yang tengah hot kat TV3 tu & buku Inspirasi Dapur dari Dr. Ezani Juara Masterchef Malaysia. Not bad la buku Inspirasi Dapur ni sebab bahan yang digunakan tak susah sangat nak dapat kat kedai.


Ni plak buku untuk si kecik. Dia la paling banyak buku. My First 1000 Words. My ABC Mini Library. Get Dressed with Elmo. Buku Elmo ni best sebab contect dia leh generate psikomotor si kecil. Mentang² mak ayah pensyarah. Hehehe. Buku Bouncy Lamb ni pun bagus gak. Cloth book atau silent book namanya. Tapi sebab Amni kecik lagi, dia tak baca sangat tapi lebih kepada makan buku ni. Haish.


Ini plak buku untuk ayahnya plak. Cukup Hanya Allah oleh UKE & Tarbiah Sentap. Memang sentap baca buku ni. Insaf la kejap.


Ni plak tote bag. FOC sebab purchase RM100 ke atas. 

Terima kasih ye UTM bagi BB1M. 2nd time dapat BB1M. Tahun depan kita guna BB1M si isteri plak. Ada gak 2-3 orang member cakap RM200 tu boleh dapat banyak giler buku kat Big Bad Wolf. Masalahnya nak kesana plak. Jem lagi. Parking lagi. Malas. Better online. Duduk depan PC. Klik². Buku pun sampai. 

Jun 16, 2015

Online Shopper edisi bapa mithali

Sejak jadi ayah ni memang money & time for family je kan. Jadinya bila ada anak kecik ni nak keluar menyopping pun susah sikit. Bukan susah apa. Tau la tempat public ni. Ramai orang kan. Bila bawak budak kecik ni macam kurang selesa. Nak usung stroller lagi. Sebab tu prefer baby carrier. Nak dukung si Amni tu? 8kg++. Memang lenguh bahu kalau dukung sejam. Hehehe. So solution yang ado ialah online shopping.

Mostly website yang slalu jadi tempat membeli belah di alam maya tanpa sedar duit pun abis dengan hanya 1 klik (bahaya sungguh) ialah: 



Beli Drypers biasanya hari Isnin sebab Isnin ada Mastercard holder less 10%. Mujur debit kad Mastercard. Macam semalam beli Drypers M 80's x 3pax harga RM99. Less lagi 10%. Tinggal RM89.10. So 1 pax jatuh dalam harga RM29.70. Normal price dekat Sri Kassim / Billion / TF Value Mart range dalam 33-35. So kira berbaloi la kan.



  • Instagram
Sanggup hah create akaun untuk beli dekat Insta. Visit myIG katanya. Beli kat insta pun sama. Rambang mata. Tapi kena rajin godek. Sebab ada seller yang jual lagi murah dari seller lain. Barang yang sama tapi harga lain². Ada seller fast response. Baru wasap terus reply. Ada yang berjanggut nak tunggu pastu bila tanya katanya barang dah sold out. 1 benda yang nyampah dengan IG ialah iklan. Ya Allah. Iklan memang banyak. Jenuh nak scroll. Bila wasap je tanya produk automatik seller akan tanya "Sis nak yang mana ye". SIS ok. Diulang SIS. So layankan ajelah. Sis pun sis jelah. Janji dapat barangnya. Tak ramai rasanya lelaki yang beli tudung & barang baby online ni. 


  • Facebook 
FB ni pun 1 hal gak. Seronok gak beli kat FB. Baru² ni tempah dress dekat Amni di FB. Tengok ada member kena tagged. Dress budak. Terus msg fb. Borak dekat wasap. Terus buat payment. Seller dia terkejut sebab dia kata 1st time customer dia lelaki. Beriya la sis bagai. Terus jadi bro. Hahahahah. 


Ni online shop paling latest. Rasanya dari korea kot. Macam Lazada gak tapi boleh tahan gak harganya. Sebab ada promo boleh dapat kupon. Semalam beli barang, harga asal RM100. Tolak kupon dapat dalam 70 lebih. 


Kejadahnya beli tudung? Hoi. Isteri aku bertudung & dia suka tudung bawal. Pari ke tenggiri ke terubuk ke dia tak suka. Bawal gak yang dia minat. So sebagai suami penyayang kena la belikan. Dulu memang best beli AJ. Sebab tak ramai sangat pakai. Harga pun affordable. Beli Black Label je (BL). Tapi sekarang sejak ada PL, WL, GL dah jadi tak best. Dulu rasa ekslusif la gak pakai AJ ni. Orang akan tanya beli kat mana. Cantiknya. Tapi skarang g pasar pun dah ramai pakai AJ. Dulu sonang je beli online. Skarang dah hazab. Tak nyempat klik dah sold out & diorang tak bagi exact time bile online sales start. Nyampah. 




Tapi berhati² bila shopping online. Memang senang jadi IMPULSIVE BUYER. Beli tanpa sedari diri. Klik² duit pun abis. 

Online Shopper edisi BB1M

Tudia. Last post Jun 2014. Setahun blog berhabuk. Ni pun sebab student tak masuk lagi. Tengah minggu orientasi. Lusa plak puasa. Jom hupdate blog sat. Ngeh ngeh ngeh.

Ni nak crita pasal BB1M @ Baucar Buku 1 Malaysia. Last year banyak gak la dapat bukunya. Masa tu wife tengah pregnant. So banyak beli buku pasal baby & buku masakan. Abis la RM250 baucar tu. So this year dapat lagi BB1M. So kali ni spend untuk si comel bam bam plak. Baru tau MPH Online boleh beli guna BB1M. So apa lagi. Semalam menggodek cari buku nak abiskan BB1M sebab expired 30 Jun 2015. Lagipun lokasi di Sabak Bernam ni memang MPH waima Popular Bookstore non ado. Last month dah spend BB1M RM50. Tu pun beli buku masakan kat Popular Aeon Manjung. So ada baki lagi RM200.


So total sebenar dalam RM250 tapi sebab register as new member dekat MPH Online tu makanya dapat la kupon diskaun 20%. After less tinggal dalam 211. Kiranya RM11 tu bayar cash kat abang posmen. Cara² nak beli online dekat MPH Online ni menggunakan BB1M:


  1. Register as new member. Free je pun. Senang je register. Akan dapat baucar 20%. Diorang akan email kod baucar tu. So kena masukkan masa nak checkout shopping cart.
  2. Pilih buku yang korang nak. Semalam cari yang best seller takpun yang tengah promo. So lebih diskaun. Masukkan dalam shopping cart. Yang tak best sistem MPH ni, bila dah klik kat buku tu, dia akan terus masuk shopping cart & display shopping cart. Takde button continue shopping. So terpaksa back balik. 
  3. Lepas masuk shopping cart. Minimum RM100 means 2 keping BB1M la untuk dapat FREE tote bag. Masa ni tengah promo while stock last.
  4. Dah settle shopping cart. Masukkan kod baucar yang korang dapat dekat email tu. So agak² kalu nak guna 5 BB1M / RM250 tu, pilih buku sampai harga RM312 camtu so lepas less 20% ngam² jadi RM250 camtu. (fuh. tak sia² isteri lecturer matematik. keh keh keh).
  5. Pastu pilih cara pembayaran klik BB1M. Masukkan nama penuh, ic & no BB1M. Max 5 keping BB1M je. 
  6. Pastu klik next, Tadaaaa. Dah settle. Penghantaran dalam 3-5 hari. Tu kata website la. Tapi bila check kat sistem kata Expected Delivery Date 22 Jun. Order 15 Jun. So dia kira 7 hari la kan. 
  7. Bila buku sampai. Kena serahkan BB1M kat abang pos laju tu. Katakan ada extra (cth BB1M RM250. Tapi total RM260. Extra RM10 tu kena bagi kat abang posmen.
Jadinya tengah tunggu bila buku nak sampai je ni. Dapat la 9 buku. Untuk diri sendiri, untuk isteri. untuk anak. Terima kasih kerajaan Malaysia bagi BB1M. Hehehe. 


Jun 3, 2014

32 or 23


Tudiaaa... bersawang dah blog.. lama tak jenguk.. disebabkan hari ni rajin nak update, maka jom update blog... hehehehe..

Tanggal 26 Mei 2014, celebrate birthday yang 23.. eh.. 32 la.. tapi tak rasa macam 32 pun.. rasa 23 ada la. ngeh ngeh ngeh. Alhamdulillah.. terima kasih Hajah Bainah sebab lahirkan Ahmad Zafir 32 tahun yang lepas.. satu-satunya anak emak yang lahir kat Penanga.. anak jati Penaga ni.. yang lain kan bersalin kat Bukit Minyak..

Umur 32 dah ada seorang isteri dan bakal jadi ayah bulan 11 nanti. InsyaAllah.. eh.. tak tau ke saya dah kahwin? Ni gambar kahwin.. Share sikit.. kawen tahun lepas.. 6 Disember 2013. Akad nikah. sanding 7 Disember 2013 belah Melaka. Sebelah Penang kenduri 21-12-13. Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz selamat jadi hasben. ;p








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...