Oct 14, 2011

Kerja.. Kerja.. Kerja..

Ok. sekarang tengah stress dengan kerja + student plak buat perangai. rasa cam nak lempang je sekoq2. tapi anak orang. tak bole. lupakan hasrat tersebut. habit buat kerja last minit masih tebal didalam jiwa. padan muka diri sendiri. kan dah kena marah dengan opismate. janji nak buat notes untuk ba202 - discrete math. aku buat topic 6. last2 aku yang tak siap. maaf teman sepejabatku. maafkan diriku.

last week pegi kursus. this week masuk opis. next week pegi kursus lagi. hamek ko. sampaikan kena perli. asik kursus je tapi takde perubahan pn. sama je. ok fine. pastu time2 kritikal camni la student nak buat perangai macam2 yang boleh menaikkan darah A aku ke tahap suhu didih. kesabaran amat perlu disitu. petang tadi kesabaran teruji. hamek ko. tersembur kata2 tak sepatutnya. akibat sporting & relax sangat dengan bdk2. kepala umpama di letak dilantai dan dipijak2. padan muka diri sendiri sekali lagi.

ok.sambung buat keja. jap g packing barang. nak p kursus. babai. sorry lama tak hupdate. baca la blog org lain. sekian, terima kasih.

Aug 7, 2011

Warden oh Warden

Assalamualaikum.. Hi my blog readers.. Tudia.. Punya lama hilang.. sebelum ni tiap2 minggu ada entry baru. Pastu 2-3 minggu baru update blog.. Pastu sebulan sekali baru update blog.. Ni haaa.. Dah berbulan-bulan baru nak update.. haish..

Sebelum tu nak ucapkan kepada seluruh umat Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & sama-samalah kita mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan ibadah kita. Puasa aku tahun ni paling sedih sebab berbuka sorang2. Sahur pun sorang2. Dah takde housemate cam tahun-tahun lepas. Pasaipa? Ni nak cerita la ni.

1 Julai 2011 secara rasminya aku telah dilantik sebagai warden. Lantik pun sebab aku yang mintak nak jadi warden. Hehehe. Semuanya pas ex-housemate aku berpindah ke rumah barunya. So tinggal la aku sorang2 kat rumah sewa tu. Dari berseorangan dan berulang alik Sungai Besar-Poli 70km sehari, baik aku pindah duduk dalam kawasan poli. Jimat belanja. Kebetulan ada kekosongan rumah warden. Memang rezeki aku la kot. Apply jad warden. Alhamdulillah dapat jadi warden start bulan lepas.

 Harap-harap tak jadi warden jahat cam warden Raja dalam citer Juvana. Hehehe.

Aku dapat jaga blok A2. Blok senior. Lebih kurang 250++ penghuni blok aku. Tapi bukan aku sorang yang jaga blok ni. Ada la warden lain. Menjadi warden ni mencabar juga rupanya. Budak2 ni jauh dari family. Jadi tanggungjawab warden la untuk menjaga kebajikan pelajar. Kalau sakit, tolong hantar g klinik/hospital (dalam sebulan aku jadi warden dah 8x antar budak g spital. -.-").  

Aritu sembang2 dengan bos aku. Dia tanya camne jadi warden. Aku cakap ok la. Dia cakap ada 2 jenis warden. Warden yang student benci & warden yang student sayang. Yang benci tu sebab dia garang & tak mesra student. Yang disayangi tu warden yang rapat & mesra student. Tapi akan ada masalah. Kalau baik & rapat, student akan jadi mesra dengan kita dan anggap kita sebagai kawan. Tapi masalahnya bila dah jadi kawan, diorang akan ilang respek & anggap kita kawan2. Ok. Aku dah kena. -.-". Aku warden jenis no. 2. Haish. 

Ramai-ramai datang lepak tgk bola Malaysia vs Singapore. 

Memang aku rapat dengan student. Nak datang lepak umah? takde hal. Nak masak megi kat umah aku? takde hal. Nak datang tgk tv? takde hal siap tetido depan tv. Nak tompang balik kampung? takde hal siap hantar depan pintu umah. Nak bawak bergurau pun takde hal. Nak citer masalah cinta pun takde hal. Sebab aku dah jadi rapat dengan budak2 ni, aku dah dapat masalah. Budak2 ni ilang respek kat aku. Aku tak salahkan diorang. Mungkin diorang lupa aku sapa. Aku warden & lebih tua dari diorang. Memang tua pun. 10 tahun beza ok. So sekarang ni aku cuba menjarakkan diri aku dengan budak2 ni. Bukannya tak nak kawan terus cuma aku nak diorang respek balik kat aku. Kalau tak respek sebagai warden pun at least respek as orang yang lebih tua dari diorang. Haish.

Hasil rampasan rokok. 

Jadi warden baru ni susah gak. Budak2 tak kenal aku sapa. Bila g meronda, budak2 wat bodo je. Siap tanya lagi aku ni sapa? hampeh tul. Aku rajin gak meronda blok. Bole kata setiap hari la aku meronda. Saje je. Lagipun bosan duduk kat rumah. Jalan2 meronda. Mostly budak yang duduk blok aku ni ex-student aku. Aku penah ajar diorang sebelum ni. So takde masalah la nak kenal sangat. Yang jadi masalah bila bukan ex-student aku. Tu yang diorang tak kenal tu. Budak sem 1 pun tak berapa kenal. Bila aku lalu meronda je "eh. warden ke tu?". Tu pun bila aku tegur suruh tutup lampu. Peraturan kat sini pukul 11 malam dah kena tutup lampu. Pasang lampu study je. Kunun nak jimat letrik. Padahal sama gak. Huhuhu.

Ok. Nak sambung wat soalan final. Ilham tak sampai-sampai2. Tiba2 rindu nak tulis blog padahal keja tak siap lagi. Hehehe.

p/s: jangan lupa pegi terawih malam ni. Bila lagi nak pegi terawih. Bulan puasa je ada walaupun sunat je. Selamat berpuasa & selamat hari raya. hehehe.

Jun 13, 2011

Blank

Aku blank. Dah lama sangat tak update blog. Tatau nak start kat mana. Hahaha. Ok la. Aku citer ckit kemana aku 'menghilang'. Takde ilang mana² pun. Aku g kursus sebenarnya. Hehehe.


Kurus Photoshop tu kursus PPK (Program Peningkatan Kemahiran). Sronok gak sebab tenaga pengajar dari Siffo.com. Photoshop tu aku ada la basic ckit² tapi paling best Illustrator. Sronok tul. Excited belajar menda tu. Hehehe. Pas lepak Shah Alam 3 hari terus shoot balik Penang. Yes. Balik kampung. Sebulan tu duduk Penang. Politeknik Seberang Perai dengan rumah aku tak la jauh sangat. 20 minit camtu la. Walaupun penginapan disediakan oleh pihak 3P aku pilih duduk rumah. Lagi bagus. Hehehe.

Hari Isnin daftar, Selasa start kelas. Gila ah belajar balik Oracle yang dah lama aku tinggalkan. Dulu belajar time degree version 9i. Skarang dah 11g. Pas balik kelas 1st, aku rasa tak sedap badan. Balik rumah terus tidoq. Telan panadol & 100plus. Esok bangun tu rasa cam ok. Sekali masuk bilik air, muntah terus. Aku pun p klinik nak ambik ubat & MC. MA situ rajin plak buat blood test. Sekali darah aku ada problem. Dia saspek denggi. Huh. Terkejut la gak. Then dapat MC 2 hari. Yezza. Esoknya tu datang lagi klinik. Sama gak result. Darah aku tak normal. Platelet aku rendah masa 1st day dan tinggi mendadak 2nd day. Normal 150-400. Tapi aku punya 130 1st day, 2nd day 890. Gilo. M.A tak puas ati. Dia soh datang lagi esok. Dapat lagi MC. 3 hari MC. Hehehe. Last² doktor tak puas ati, buat blood test hantar ke hospital. Rupanya aku thalassemia minor. La. Aku dah tau la aku ada penyakit tu. Saspen tul doktor ni. Kes platelet tak betul tu sebab aku kena serang virus. Tu yang demam, muntah & cirit birit. Tapi takde pape pun sebenarnya.

Ok. Berbalik kepada citer kursus. Selepas MC 3 hari campur cuti hari wesak, aku pun sambung kursus. Masuk kelas, pastu pengajar cakap next week exam. Bagus. Tak study mende. Op coz la aku lulus cemerlang kan. Hahahaha. Lulus mendenya. 25 orang kursus. 2 orang failed yang lainnya tu lulus cemerlang. 2 orang failed tu op coz la aku. Hehehe. Ada 2x test. Test 1 failed so dengan sengajanya aku gagalkan diri untuk test 2. Sebab kena lulus dua² untuk dapat certificate tu. Nak repeat boleh tapi kena lulus salah 1 & markah kena lebih dari 50%.

Pas kursus, balik Sabak Bernam. Pindah rumah plak. Adoi. Tak abis lagi penat berkursus, nak packing barang lagi untuk pindah randah. Pindah dari rumah sewa di Sungai Besar masuk ke Rumah Warden. Ye. Aku dah jadi warden. Haish. Tak percaya plak. Ingat aku tak boleh jadi warden? Garang ni. Hehehe. Sebabnya aku pindah duduk umah warden sebab aku mati kutu tatau nak pindah mana. Hehehe. Last² pikir baik jadi warden. Dekat ngan opis. Sungai Besar tu jauh sikit la. Minyak lagi. Sebabnya dulu aku duduk ngan Padil. Padil dah pindah duduk Kuala Selangor. Dari aku sorang² berulang Sg. Besar-Sg. Lang baik aku duduk dalam. Jimat duit. Boleh simpan duit untuk kawen tahun depan. Ewah.

Ok la. Tajuk je blank. Tapi berjela aku membebel. Sorry. Takde gambar. Rumah takde internet lagi. Baru p TM apply pindah Streamyx aku. Semalam p Rawang amik tv kat umah kakak aku. Amik tv dapat sekali dapur gas & rak pinggan. Hehehehe. Ok la tu. Duduk sorang² kat umah warden. Student pun takde lagi. Cuti semester. Nanti rumah dah cun ckit aku upload gambar. Skarang ni hodoh lagi. Tengah kemas² lagi. Ok ar. Nak update power point notes untuk semester depan. Takde la nota aku sama je setiap sem. Hihihi. Chow.

p/s: Selamat pengantin baru kepada kengkawan yang baru kahwin. Sorry la tak dapat p kenduri hangpa.

May 3, 2011

Congratulations!
You have just won two (2) passes to YUNA’S SECRET CONCERT happening this Saturday, the 30th of April 2011! Please make your way to the registration desk at the details below;
Date : 30th April 2011Venue : White Box, Maps KL, Solaris DutamasTime : 7.00pm
(Don't be late!)
*Just go to the registration counter at the entrance of White Box, Maps KL. Please bring along your IC. Please reply this email to confirm your attendance.  Thank you,
David BuriProgram ExecutiveAstro Hitz


Wah. Monang lagi. Alhamdulillah. Dulu menang Shout Mod Musical.. Ning Baizura bagi. Ni Astro Hitz plak. Rezeki². Soalan dia kenapa nak sangat jumpa Yuna. Tu je. Apa lagi. Buat lah jawapan poyo². Hahaha. Tak sangka lak boleh menang. 


Masa dapat email tu, takde orang lain yang terlintas di benak fikiran aku kalau bukan member aku yang artis ni.. si Guba. Dia pun kata ok "Maybe attending".  But unfortunately masa hari Sabtu, aku call dia. Nak confirm balik. Tak jadi plak. Dia demam lagi. Chickenpox dia tak baik lagi. Takpe la. Biar la dia berehat. Aku pegi sorang pun tarak hal. 


Memang batak gila la cari tempat ni walaupun sebenarnya senang je. Haish. Aku memang failed jalan area KL ni. Hahaha. Sampai je dah ada kaunter buka. Ok. Daftar dulu. Pergh. Ramai gila gadis bertudung Yuna. Hahaha. Pas register aku dengan kompidennya terus masuk duduk seat. Sekali pak guard datang.. "Sorry.. show start pukul 8.30 ye. Tak boleh masuk selagi tidak dibenarkan". Adoi. Malu seh. 



Sementara tunggu diorang bagi masuk. Aku pun berlegar² la area tu. Macam baru lagi tempat ni. Nice gila. Tapi smart lagi KL Pac.  






 Artwork kat sini juga untuk dijual.


Dah penat pusing². Terus naik atas. Show kat floor atas. Sekali dah ramai yang beratur. Siot tul.




Memang enjoy tengok show ni. Yelah. Rasa cam private show lak. Dah la free. Tapi yang tak bestnya ialah "NO DSLR IS ALLOWED". Hampeh tul. Ni pun aku curi² ambik.


Ni curi kat FB Astro Hitz. 

Jojo yang hot. ;p

Masa break, si Jojo ada buat contest. Ada yang menang CD, banting, dan paling best menang BlackBerry. Makan hati ok. 

Nampak yang tudung putih tu? Menang BlackBerry. Soalan dia apa tau. "Name 6 Digi Berry". Sebab aku bukan pun Digi user memang la aku tatau. Kalau tak dah angkat tangan dah. Diorang ni gak antara top 10 Yuna Inspired winners. 
Cik kak ni menang Yuna CD siap dengan frame lagi. Sedap suara dia. Serius.  https://www.facebook.com/teekaysaleh. 

Banyak gak la lagu yang Yuna nyanyi & paling ekslusif lagu baru. Lirik dia dari twitter dia. Peminat twit lirik. Dia kumpul & buat lagu. Gila cool. Sedap gak. Apa nama tajuk dia aku pun dah lupa. Hehehe.

 Ok der. sambung blogging esok plak kat opis. Bapak ngantuk dah. Esok keja. Arini cuti Hari Buruh. Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...