Feb 10, 2010

Kepala Besar

Haha. Tajuk entry nak gempak. Sebenarnya nak citer pasal Big Headz @ Guardian. Gigih tul aku kumpul setem supaya dapat menatang anak patung ni. Hari ni la baru cukup setem aku. Dah lama tak kumpul setem. Zaman kanak² riang dulu suka la kumpul setem. Tapi zaman sekarang ni ada lagi ke budak² kumpul setem. Kumpul pendrive rasanya. MP3 dalam Ipod ke. Kumpul kawan kat Facebook ke. Dah takde yang kumpul setem cam zaman aku budak² dulu.


Ok. Berbalik kepada kumpul setem ni. Aku dah berjaya kumpul 40 setem untuk melayakkan aku tebus salah satu anak patung. Aku belum decide. Aku cadang nak amik binatang tu, tapi takde stok sebab permintaan tinggi sempena raya cina. Cute apa. Kaler pink. Hahaha.

Tak cukup 6 setem je lagi. Haish.

Nak dijadikan cerita. Masa aku p Guardian kat Sungai Besaq tadi beli barang keperluan, dapat la 4 setem lagi. Pastu adik cashier tu tanya. "Abang kumpul setem tak?" Aku cakap la kumpul. "Ni ada 2 setem customer tak mau" Pergh. Memang rezeki la. Alhamdulillah. Cukup 6 setem. Hehehe.

4+2

Setem card yang dah complete. Sedia untuk ditebus.

Jadinya esok pas keje aku nak p Guardian nak redeem Big Headz. Muahaha.

p/s: tadi dapat kupon gores dan menang. dapat Hadiah Misteri. ghupenya hadiah misteri = tisu je. hampeh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...