Apr 25, 2010

1725

Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Tula petikan dari Berita Harian. Aku sebenarnya takde la obses dengan politik. Cumanya terasa nak lontarkan apa dalam benak fikiran selama ini. Pilihanraya di Hulu Selangor diadakan sebab bekas YB diorang meninggal dunia. Tapi apa yang aku perhatikan ialah, bila seorang ADUN meninggal dunia, makanya akan diadakan pilihanraya untuk pilih ADUN baru. Ok fine. Memanglah kena ada pengganti. Tapi apa yang jadi aku perhatikan ialah cara meraih undi. Masa tu la semua menteri nak turun padang. Bagi bantuan, bagi itu bagi ini. Luluskan semua permohonan. Buat itu, buat ini. Kenapa sebelum kematian ADUN segala benda tu diorang tak buat? Adakah kita perlu mendoakan semoga ADUN kita meninggal dunia, makanya DUN kita akan mendapat bantuan dari kerajaan? Baru la tempat kita boleh membangun? Barulah bantuan diberikan? Camtu ke?

Satu lagi perkara ialah masa meraih undi. Parti A kutuk parti B. Parti B kutuk parti A. Buat fitnah sana sini tanpa ada bukti. Hanya sekeping gambar yang entah betul entah tidak. Tuduh itu tuduh ini. Pengikut yang bengap hanya mengiyakan je. Ikut je tanpa soal siasat. Pastu si A keluar dari parti. Dah la keluar dari parti. Pastu pukul canang 1 Malaya tentang keburukan parti yang dahulunya disanjungi. Buka abis pekung didada. Sepatutnya dah keluar parti tu malu la sikit. Duduk diam² dah.

Tiap² kali pilihanraya kecil diadakan, kerajaan menghabiskan wang berjuta² ringgit. Dengan banner, dengan buat majlis tu majlis ni. Bagi bantuan la apa la. Semua tu duit rakyat. Duit tu kalau salurkan kepada saluran lain lagi bagus. Setakat berebutkan 1 kerusi je pun tapi kosnya berjuta RM.

Sebab² cam ni aku tak minat politik di Malaysia. Tapi setiap kali PRU aku tetap akan turun mengundi sebab aku nak gunakan hak aku. Sesiapa yang belum daftar pemilih silalah buat segera.

1 comment:

look-luck said...

duit pampasan rumah tmn penaga blom dapat...bila lagi?...tapi kalau cikgu ad %^&^...lepaih tu ...mungkin masa pilihanraya kecil...tentu najib mai bagi kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...