Jun 16, 2015

Online Shopper edisi bapa mithali

Sejak jadi ayah ni memang money & time for family je kan. Jadinya bila ada anak kecik ni nak keluar menyopping pun susah sikit. Bukan susah apa. Tau la tempat public ni. Ramai orang kan. Bila bawak budak kecik ni macam kurang selesa. Nak usung stroller lagi. Sebab tu prefer baby carrier. Nak dukung si Amni tu? 8kg++. Memang lenguh bahu kalau dukung sejam. Hehehe. So solution yang ado ialah online shopping.

Mostly website yang slalu jadi tempat membeli belah di alam maya tanpa sedar duit pun abis dengan hanya 1 klik (bahaya sungguh) ialah: 



Beli Drypers biasanya hari Isnin sebab Isnin ada Mastercard holder less 10%. Mujur debit kad Mastercard. Macam semalam beli Drypers M 80's x 3pax harga RM99. Less lagi 10%. Tinggal RM89.10. So 1 pax jatuh dalam harga RM29.70. Normal price dekat Sri Kassim / Billion / TF Value Mart range dalam 33-35. So kira berbaloi la kan.



  • Instagram
Sanggup hah create akaun untuk beli dekat Insta. Visit myIG katanya. Beli kat insta pun sama. Rambang mata. Tapi kena rajin godek. Sebab ada seller yang jual lagi murah dari seller lain. Barang yang sama tapi harga lain². Ada seller fast response. Baru wasap terus reply. Ada yang berjanggut nak tunggu pastu bila tanya katanya barang dah sold out. 1 benda yang nyampah dengan IG ialah iklan. Ya Allah. Iklan memang banyak. Jenuh nak scroll. Bila wasap je tanya produk automatik seller akan tanya "Sis nak yang mana ye". SIS ok. Diulang SIS. So layankan ajelah. Sis pun sis jelah. Janji dapat barangnya. Tak ramai rasanya lelaki yang beli tudung & barang baby online ni. 


  • Facebook 
FB ni pun 1 hal gak. Seronok gak beli kat FB. Baru² ni tempah dress dekat Amni di FB. Tengok ada member kena tagged. Dress budak. Terus msg fb. Borak dekat wasap. Terus buat payment. Seller dia terkejut sebab dia kata 1st time customer dia lelaki. Beriya la sis bagai. Terus jadi bro. Hahahahah. 


Ni online shop paling latest. Rasanya dari korea kot. Macam Lazada gak tapi boleh tahan gak harganya. Sebab ada promo boleh dapat kupon. Semalam beli barang, harga asal RM100. Tolak kupon dapat dalam 70 lebih. 


Kejadahnya beli tudung? Hoi. Isteri aku bertudung & dia suka tudung bawal. Pari ke tenggiri ke terubuk ke dia tak suka. Bawal gak yang dia minat. So sebagai suami penyayang kena la belikan. Dulu memang best beli AJ. Sebab tak ramai sangat pakai. Harga pun affordable. Beli Black Label je (BL). Tapi sekarang sejak ada PL, WL, GL dah jadi tak best. Dulu rasa ekslusif la gak pakai AJ ni. Orang akan tanya beli kat mana. Cantiknya. Tapi skarang g pasar pun dah ramai pakai AJ. Dulu sonang je beli online. Skarang dah hazab. Tak nyempat klik dah sold out & diorang tak bagi exact time bile online sales start. Nyampah. 




Tapi berhati² bila shopping online. Memang senang jadi IMPULSIVE BUYER. Beli tanpa sedari diri. Klik² duit pun abis. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...