Mar 14, 2017

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah).  Todia. Application dah buka. So guys please apply. Mohon di https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/

Ok. Nak share pengalaman HLP CBBP & HLP Separa ni.

Back in 2014 actually. My wife mohon HLP CBBP. So step utk HLP CBBP ni mohon dekat website MOHE. Pastikan upload semua dokumen yang diperlukan. Next tunggu panggilan untuk temuduga.  Biasanya temuduga dekat JPP. Masa interview haritu, my wife interview skali dengan SLAB/SLAI. So agak competitive sebab candidate lagi sorang tu RA kat U & dia mohon Fizik. My wife mohon Math Engine. So agak stress masa sesi interview dgn panel.

Alhamdulillah. Rezeki. Dapat ke next stage. Macam audition AF plak. Kena pergi kursus QA. Qualitative Analysis. By that time kursus ni dekat PTSS Perlis. Biasanya dekat EDC UUM. This year pun dekat UUM jugak. So berkampung la 2 weeks dekat Perlis. Kursus QA ni ada test. Kena LULUS. Batch tahun lepas kalau tak lulus terus tawaran ditolak. Gila kejam. So this year tak tau la camne.

Sementara tunggu result QA tu bolehlah mohon ke Universiti. Kalau level master ni local U jelah layak. Nak g oversea tu macam tak lepas je. Bila dah mohon tu & dapat tu, pastikan isi borang dan maklumkan kepada Bahagian Biasiswa dekat Putrajaya. Bahagian Sumber Manusia pun kena inform sebab nak pool atau tak stay poli/kk yang lama.

Ok. Nak share elaun² yang agak masyuk bila dapat HLP ni. Dah nama pun Hadiah. Mesti la best.

  •  Elaun Sara Hidup 3 bulan sekali. Elaun ni tak sama ikut U ye. Kalau U dekat bandar lagi tinggi elaun dia. Kalau macam U yang contohnya UUM elaun kurang sikit.
  • Yuran Pengajian akan direct kepada bendahari U. Tapi most of the time lambat masuk. Bertabahlah.
  • Elaun Buku setahun sekali
  • Elaun Tesis kena tuntut lepas siap tesis. So kalau coursework tak dapat la elaun tesis ni.
  • Elaun Alat perkakas setahun sekali
  • Elaun Bantuan Keluarga vs Elaun Bantuan Sewa Rumah. So boleh pilih salah satu. 
  • Elaun Penempatan bila pindah dari poli ke U. Pun boleh claim.
  • Elaun Akhir Pengajian
  • Banyak lagi elaun. Boleh google.
COLA juga akan bertukar mengikut U yang dipohon. Contohnya my wife kerja dkt Sabak bernam (luar bandar RM150). So COLA up dapat RM300 sebab belajar kat UiTM S.Alam.

Kontrak lepas abis belajar ialah selama 5 Tahun. Kalau sebelum ni kontrak tulis "Berkhidmat Dengan Kerajaan Malaysia". So ramai lepas abis belajar lompat ke Universiti. Start 2014, term tu dah tukar. Berkhidmat Dengan JPP / JPKK. 

Ok. Now nak share pasal HLP Separa plak.  

HLP Separa ni boleh mohon bila dah masuk U. Means dah dapat offer letter. Beza dengan HLP CBBP. HLP Separa ni kita kerja macam biasa. HLP hanya bayar yuran pengajian sahaja. 1 semester RM5,000. Kalau macam uitm yang yuran rm2k tu, baki 3k fwd ke semester hadapan. Jangan berangan dia nak kredit ke bank kita. hahahaha. 

Cuma bila mohon HLP Separa ni, konsep dia pihak Biasiswa akan check dengan teliti dokumen yang dihantar sebab tiada temuduga. So konsep semak dokumen ni mmg teliti gila waima tak tulis tarikh pun kena reject. 

Apa² good luck kepada yang mohon HLP ni. Ingatlah. Ini adalah Hadiah. Tuan puan yang mohon. Bukan paksaan. Jadi bila dah habis belajar redha jelah kena re-posting dekat mana sebab KPT dah sponsor belajar. Kenalah akur.



5 comments:

maby souq said...

saya mintak part-time/ separa tapi kena jugak pergi interview. huhu. 16 mei ni.

nissa said...

Interview di mana?

Unknown said...

Nk tanye elaun sara hidup dpt sebelum start belajar ke @ skli dgn yuran pengajian? Elaun sara hidup mmg dpt ke klu dh ade cola?

siti dahliah said...

Boleh share pengalaman tuan..

amy said...

saya nk tanya...sy spt HLPS...nak buat coursework..jam krdit utk researh@ prohect paper biasa 3 jam...lepas ke utk tajaan?tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...