Feb 22, 2010

Pertunangan & Perkahwinan.

Alhamdulillah. Selamat sudah. Lambat plak entry kali ni. Sebelum korang buat apa² spekulasi, ABANG aku yang bertunang ye. Bukannya aku. Huhuhu. Saya masih muda remaja. Belum akil baligh lagi. Hahaha.

Bondaku menyarungkan cincin kepada bakal ahli keluarga baru. 

1 je picture yang boleh dipublish. Abang aku malu katanya. Hahaha. Memang terasa bahang untuk menerima bakal ahli keluarga baru. Minggu ni saja dah 3x mak aku call suruh survey barang hantaran untuk abang aku. Haish. Takpe la. Aku mengikut arahan je. Hehehe. Al maklum la dah lama gila tak kenduri kat umah aku. Last kenduri kakak aku yang dah anak 4 orang. Memang nampak happy & excited la ghupe parent aku nak sambut bakal menantu. Huhuh. Tapi cam biasa la ada mulut² gatal yang bertanya pasal aku. Suruh langsungkan sekali. Aku dah la baru kerja. Tak sampai setahun pun. Ni pun terkebil² lagi. Ekonomi tak stabil. Camne nak membina masjid. Calon pun takde lagi. Huhuhu. 

Ok. 2nd story ialah pasal perkahwinan ex-classmate masa degree iaitu Cik Puan Aniza @ A.J. Ipoh mali punya. Kawen time raya cina. Kebetulan aku ada kat Penang sebab abang aku bertunang pada hari Sabtu, so aku pun shoot la p Ipoh pada hari Ahad tu untuk wedding AJ. 

Muka pengantin pompuan tengah tunggu rombongan pengantin lelaki datang.

Aku suka sangat pelamin si AJ ni. Belakang tu kelopak bunga ros. 

Selamat Pengantin Baru

Si Mak Buyung & Ima Kamsan. Arina kusyuk makan. Kelakar plak bila tengok perut si Ikien yang makin bunchit. Hahah. Tak sabar nak tengok baby dia.

Pengantin pun sibuk menyelit. Ima dari Batu Pahat, Ikien dari Melaka, aku & Arina dari Penang. Penat kami mai kenduri hang AJ. ;p

Setakat ni jelah berita terkini majlis perkahwinan BITDians. Pasni tatau lak sapa yang akan melangsungkan perkahwinan. Bie & Mad Kie dah booking aku untuk jadi pengapit diorang. Adeh. 


p/s: Mohon maaf kepada Diana & suami serta Zaza & Abun. Aku tak dapat p kenduri hangpa sebab clash ngan majlis pertunangan abang aku. Maaf ya. 

5 comments:

Anonymous said...

berkenan betul kat pelaminnya..simple dan sangat menarik....

Unknown said...

yup. simple & nice.

Juliet said...

Fir, AJ kasi ape door gift ? Mcm menarik jew.. Chocolate kew? ;)

Unknown said...

EL: senaskah Al-Ma'thurat.

look-luck said...

tol ke last kenduri..akak ko yang empat anak tu..lepas tu kan ada MINI kenduri?....dah buang dari list ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...