Feb 26, 2010

Politeknik Premier

Pagi² sebelum Subuh dah gerak nak menuju ke Putrajaya International Convention Center (PICC). Wat hapa pegi PICC pepagi buta? Sebabnya ada perasmian dan pengumuman politeknik premier oleh TPM kita. Jadinya my bos arahkan aku untuk pegi mewakili jabatan aku. Mujur la arini kelas 2 jam je. Hanya 1 sms kepada wakil kelas untuk batalkan kelas. Suka la budak² tu kelas takde. Cam zaman aku belajar gak. Time kelas cancel gumbira giler. ;p



Sampai PICC dalam kol 9.30 pagi. Mujur majlis tak start lagi. Lawa tul dewan kat situ terutama lampu chandelier dia. Berangan nak letak chandelier kat umah sewa. Hahaha. Dalam 7 minit kemudian encik emcee iaitu pegacara TV3 si Ally Iskandar mengumumkan ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Alamak. Aku baru nak pegi toilet. Gila tahan kencing dari Sungai Besar. Mujur la ada hikmat tahan kencing yang aku belajar masa zaman study dulu. Kalau naik bas express dari Batu Pahat ke Butterworth tu driver dia memang kejam tak nak berenti kalau mintak nak g toilet. Tahan la ko sampai sampai R&R yang dia suka ati nak berenti. Haish.


Mula², Menteri Pengajian Tinggi berucap. Then TPM kita lak. Pastu tayangan video. Gila saspen masa nampak poli aku tersenarai. Tapi dah bajet dah tak dapat kat kitorang sebab PSIS poli yang masih muda remaja. Mesti la dia bagi kat poli otai. Jadinya politeknik premier yang telah diumumkan oleh TPM adalah seperti berikut:

Pas pengumuman tersebut, ada plak MOU antara poli dengan CISCO & Faber. Aktiviti seterusnya adalah makan². Best tul makan free. Hahaha. Time makan jumpa la kawan² dari poli lain cam geng² PSP, Bukhari @ Boy, Raja Ila & 2-3 orang lagi. 

Start Julai 2010 nanti, hanya intake diploma sahaja. Sijil dah tak offer di politeknik. Adik kepada politeknik iaitu Kolej Komuniti akan takeover student sijil lak.  Harapan aku pas transform politeknik ni gaji pun KPT transform la gak. Up sikit. Kasi sama level ngan lecturer U. Hehehe. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...