Mar 1, 2010

Kawen lagi

Memang musim orang kawen sekarang ni. Untuk episod kali ini kita akan menghadiri kenduri kawen opismate aku. Ala² rancangan Jalan² Cari Pengantin. Hahaha. Walaupun bukan satu opis sebab department lain, tapi kitorang memang 1 grup.  Kendurinya kat Kuala Pilah iaitu rumah pengantin lelaki. Gila ah jauh memandu. Ponat eden. Umah pengantin pompuan kat Klate. Tak terdaya kawe nak g klate.  Jadinya g Pilah je.  Kitorang gerak dari KL, pastu tunggu kat R&R Nilai. 5 buah keta konvoi. Aku & Fadzil jd leader. Muahaha. Dah la cuaca panas terik. Sampai on time la sebab pengantin baru bersanding.

Kawan aku kata macam budak form 5 bersanding. Hahah. 

Zaman anak dara. Time ni kitorang latihan mengajar kat PSP.

Paling penting Daging Salai dia memang superb. Tak sia² datang dari jauh. Haha. Pas abis makan kenduri, kitorang gerak g Nilai 3 lak. Yelah. Kan feymes tempat tu. Misi utama ialah mencari barang hantaran untuk abang aku. Mak aku da MMS talam yang dikehendaki. Maka dengan arahan permaisuri agung, aku pun pusing la satu Nilai 3 tu mencari talam. Namun keciwa sebab talam yang dihajati takde. Yang ada pun pattern lain.

Cari kuih tepung talam lagi senang dari cari talam ni.

Pas misi mencari talam gagal, terus pulang ke Kuala Lumpur. Gila penat. Dah la salah jalan. Siap masuk highway LEKAS la apa la. Pening aku ngan signboard kat Nilai tu. 

2 comments:

LanaBusyBee said...

zafir, dok survey barang2 tuk hantaran abg ek? try g romantika kt kajang and romantika kt shah alam, barang murah2 dan cantik2 serta berbaloi2...lagi murah dari KK Home Deko serta SSF ahahahaha

z@f!r said...

yeke? ok. thanx. Shah alam pun ada ek? insyaAllah la. bole la p nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...