Aug 21, 2010

Time Flies

Bila masuk je bulan puasa mula la teringat kenangan zaman belajar dulu. Yelah. Berjauhan ngan family. Kalau kat umah sah² mak aku kejutkan sahur, makanan dah terhidang atas meja. Zaman study, pandai² la bangun sendiri. Kadang² housemate kejutkan. Kadang² tu tak tidur malam berjaga sampai ke pagi terus pergi sahur. Kadang² terlepas sahur. Pegi sahur ramai². Kalau masa kat UTeM, aku duduk hostel sampai final year. Port biasa kedai belakang hostel. Kitorang panggil kedai gas. Takpun kedai jus gelas besar. Memang superb. Tengah sahur datang pulak aweks² MMU yang hanya memakai boxer. Pergh. Mujur time sahur. Hahaha. Pastu g Bazar Ramadhan kat Peringgit.  Memang best la bazar dia. Panjang. Banyak makanan. Balik kelas je terus merempit g sana.

Then bila menjelang raya, rumah classmate yang terdekat akan menjadi mangsa. Biasanya umah Ikien (kat Melaka) & umah Zul kat Muar. 1 kelas + bdk kos lain akan serbu umah diorang. Konvoi ramai². Pas g open house wajib pegi mandi air terjun kat Gunung Ledang. Group gegurl dengan baju kurung + selendang segala terpaksa la follow kitorang g air terjun gak. Hehe. Memang sengaja pedajalkan diorang. Hahah.

BBQ kat umah Ikien


Pastu zaman belajar kat UTHM lak.  Time ni memang duduk umah sewa. Mujur member² semua sekepala. Kol 3 pagi g sahur kat KFC Batu Pahat. Pas balik terawih g supper kat Parit Bengkok. Petang² g bazar ramadhan. Jalan kaki je sebab dekat ngan umah sewa. Menu wajib: Murtabak. Kadang² dijemput la gak berbuka di umah classmate iaitu umah sewa Dayah & The Gang.

Supper kat Parit Bengkok
Antara menu sahur
Sahur @ KFC bila duit biasiswa masuk

Tapi sekarang. Masing² dah kerja. Dah ada family sendiri. Dapat keja jauh². Sibuk dengan komitmen masing². Keadaan dah berubah. Semuanya hanya tinggal memori. Pergh. Sentimental lak. Harap dapat la berbuka / sahur ngan korang lagi pasni. 

2 comments:

SuFarizan said...

zafir...aku pon rindu gak zaman study kat Utem dl..blom posa lg dah plan nk g beraya umah sape..umah lecturer pon kita serbu kan??siap sewa keta lg..

Unknown said...

tula. semua tu tinggal kenangan. umah lecturer? aku tak p kot. aku kan pemalu ngan lecturer. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...