Aug 11, 2010

What if this is my last Ramadhan?

Tudia. Baca tajuk entry terus insaf. Hahaha. Bukannya apa. Yelah. Kita ni hidup di muka bumi ni tatau bila akan pergi mengadap pencipta kita. Tapi yang pasti suatu hari nanti pasti kita akan mati. Confirm punyalah. Apasal melalut citer mati lak ni. Haish. Doa²kan lah supaya panjang umur untuk membuat amal ibadat lagi. Dosa dah bertimbun tu. Tatau biler leh cover balik. Haish.

Ok la. Ramadhan datang lagi. Kali ni tahun ke-2 berpuasa di Sabak Bernam. Dah keja kat sini takkan nak puasa kat Australia lak. Hahaha. Tahun ni kali pertama berpuasa bergigi besi. Hehehe. Batal puasa tak sebab ada objek dalam mulut (braces)? Hahahaha. Pagi tadi mujur bangun sahur. Dah kunci alarm kol 5. Buka mata tapi tetido balik. Kol 5.20 baru terjaga. Hamek ko. Kelam kabut buat roti + telor dadar + Milo 3 in 1. Nyum². Biasa la. Menu orang bujang. Sian ousemate aku. Ulcer penuh mulut. Tak sahur pun. Minum air je. Haish. Dugaan tul.

Semalam g terawih kat surau berdekatan rumah. Setahun sekali baru g surau. Last pegi puasa tahun lepas. Adeh. Apa nak jadi ni Ahmad Zafir. Pastu memang kena fire la dengan pengerusi surau. "Anggaplah surau ni sebagai rumah tuan². Tak kira la tuan² menyewa ke?". Pergh. Hamek ko. Baiklah. InsyaAllah pas puasa pun akan lebih kerapkan diri ke surau.

Semalam & pagi tadi handphone tak berhenti berdering. SMS asik masuk je. Keluar tidak. Sebab aku malas reply. Ramai gak yang mesej ucap selamat berpuasa. Terima kasih semua. Ingat jugak hangpa kat aku. Hehehe. Jadinya kat sini aku pun nak ucapkan selamat berpuasa. Harap² penuh la puasa korang. Dah besar panjang. Dah jadi mak/bapak budak dah pun. Takkan puasa kantoi lagi. Hehehe.

Termenung dua beradik ni. Yelah. Bulan puasa manade hantu. Leh la cuti sebulan. Dengar citer abang dia dah mati kena tangkap dengan hantu. Pas puasa korang datang la sini. Hantu raya banyak time raya nanti. Hehehe. ;p

Ok la. Selamat berpuasa. Internet baru ada kat opis ni. 3 hari takde internet sebab kabel kena curi. Mantap la orang kampung sini. Betul ke orang kampung punya keja. Lantak la. Janji internet ada balik. Baru seronok bekerja. 

3 comments:

Led said...

salam bro... ada sihat ka?!

rindu kat cekodok hangus hang...xoxo

former jiran sebelah umah ko...

z@f!r said...

salam. alhamdulillah sehat. main msg kat blog plak. ceh. rindu cekodok meh la cni.

Nur Qalby said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...