Sep 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dalam masa beberapa jam sahaja lagi aku akan gerak balik ke Penaga. Kampung halamanku. Ceh. Macam lama ja tak balik walhal baru ja balik 2 minggu lepas. Hehe. Bukanlah jauh mana pun Sabak Bernam - Penaga. Driving dalam 4 jam sahaja. So sekarang ni tengah packing barang. Sambil² tu nak update blog jap. Nak tengok persiapan raya dan barang² untuk dibawa balik ke kampung halaman? Sila scroll ke bawah.

Op coz la kuih raya sabak bernam. Ini adalah 2nd batch. 1st batch dah pos bawak balik umah. Kuihnya sangat la murah. Range harga RM10-RM12 paling mahal. Almond London RM12 je.

Lagi biskut raya. Ni feveret mak aku sebab katanya cantik. Bentuk bunga ros. 

Kerepek merepek merupakan makanan ruji. Hehe. Sesapa yang dah bosan asyik makan kuih raya je. Jadinya kerepek akan menjadi mangsa kerakusan tetamu² yang hadir. Sangatlah sedap dan amatlah murah. Range harga RM5-RM belas². 

Disebabkan tahun ni sudah berkenderaan, jadinya aku dengan sukarelanya mengsponsor lauk pauk untuk dihidangkan kepada tetamu. Memang tradisi umah aku, raya je mesti menu Nasi Beriyani Udang Marbeles. Jadinya sebab aku duduk dekat ngan pantai dan sumber makanan laut agak senang didapati dengan harga yang agak berpatutan, soooo.. aku pun borong la udang, ketam, ikan. Fuh.

Ketam Biru. 1kg RM16. Aku tatau la mahal ke murah. Belasah je. Dah bapak aku nak makan. Beli jelah. Ketam untuk ahli keluarga je. Tidak dihidangkan kepada tetamu. Heheh.

Udang besar. Paling besar RM30. Kecik sikit RM28. Udang yang bakal menjadi korban di hari raya pertama. Hehehe.

Duit raya. Tak cukup sampul Selamat Hari Raya, sampul Gong Xi Fa Cai pun ditibai. Tapi sebenarnya ni bukan sampul raya aku. Ousemate aku punya. Tahun ni anak sedara aku yang 8 orang tu je dapat duit raya. Sepupu sepapat KIV tahun depan.

Cupcakes. Comel kan. Ni bukan aku punya tapi ousemate aku punya. Saje nak iklan. Hehe.

Dan terakhir sekali sebagai persiapan untuk raya silalah sapu tangan anda dengan losen tangan cap Mary Kay. Yelah. Ko nak salam dengan tetamu. Takkan tangan nak kasar cam jalan tar. Kena la lembut selembut satin. Set ni aku beli dengan Kak Aini. Leh tengok blog dia. http://www.mkaytie.blogspot.com/.  Pas pakai losen ni nescaya kalau orang nak salam dengan ko, orang tu mesti takmo lepas tangan sebab tangan anda sangat lembut. Hehehe.

Ok la. Mau tidur. Baju tak siap packing lagi. Esok pagi jelah. Cadang nak gerak sesudah subuh bersama housemateku. Jadinya di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog saya (cam ramai je baca blog aku) dan rakan² yang mengenali diri ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 

Hati² memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. (Kad raya diatas hasil kreativiti Teh Tarik Studio)

p/s: baju raya tahun ni kaler coklat. bukanlah baju raya sangat sebab dah pakai masa wedding abang aku. ;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...