Nov 24, 2010

Koleksi Cermin Mata

Perlukah publish entry ni. Suka ati aku la. Blog aku. Ada aku kesah? Hahaha. Seperti semua sedia maklum, saya adalah manusia dalam kategori specky atau dalam bahasa malaysianya adalah berkaca mata. Sebenarnya aku ni takdelah rabun sangat. Rabun² ayam je. Hahaha. Aku start pakai spek ni masa 1st year kat UTeM dulu. Punyalah gedix nak pakai spek. Maklum la. Masuk U kan. Nak la nampak educated ckit. Dapat je duit scholarship terus p kedai spek. Kedai spek 1st aku adalah Menara Optik (depan Melaka Sentral). Aku buat kat sini sebab kedai Bumiputera. Standard la. Sokong bangsa sendiri.

My 1st spectacle. Cap Hugo Boss. 

Aku pakai spek ni lebih kurang setahun la gak. Pastu tukar spek baru lagi sebab classmate kata spek aku ni nampak cam orang tua. Ok. Fine. 

2nd spek aku cap Pilipe Sport

Then, 3rd year aku tukaq spek lagi. Setahun sekali tukaq spek. Hahaha. Kali ni cap Levis lak. 

Bukan setakat pakai jeans Levis, spek pun cap Levis. Hehehe.

Agak lama aku pakai spek Levis ni. Pas sambung study kat UTHM, aku tukaq spek lagi. Gila ah. Beli kat Summit Plaza, Batu Pahat.

Swatch plak kali ni. Warna putih. Trend terkini kata amoi kedai spek tu.

Then. Dah mula bekerjaya. Gatal tangan lagi. Tukar spek lagi. Cap Transformers. Sronok tul spek ni sebab ada logo Transformer walaupun logo The Decepticons. Spek ni diproduce oleh syarikat Hasbro


Biasa la. Dah bosan pakai spek Transformers ni. Tukar lagi spek lain. Haish. Banyak duit tul Ahmad Zafir ni. Hahaha. 


Spek ni pun terbeli masa jalan² ngan Amer kat Mahkota Parade, Melaka. Dah berkenan. Angkat terus. Ada ciri² old skool ckit. 

Aku penah gak pakai contact lens. Tapi aku kurang selesa. Dah la rumit. Tapi seronok gak sebab leh tukar² kaler anak mata. Hehehe. Tapi aku prefer pakai spek. Nampak kacak ckit. Hahaha. 



Last but not least. Spek itam aku. Haaa. Sayang abis aku kat spek ni. Tapi dah tercalar aritu. Jatuh atas jalan tar lak tu. Adoi. Rasa cam nak nangis je time tu. Ok. Tu je aku nak story. Mata dah ngantuk. Tido dulu. Esok pagi ada sesi fotografi jabatan. Nak pakai spek ke tak time bergambar. Hmmm..

2 comments:

mimiey said...

wahhh, smart !

Unknown said...

kat mne ade jual cermin mata rm10 area melaka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...