Nov 23, 2010

Result UPSR

(Entry ni dah lama draft tapi tak publish. Layan jelah)

4A 1B vs 1A 4B. Haaaaa. Harini keluar result UPSR. Apa kaitan dengan aku? Ada anak darjah 6 ke? Bukannya anak aku tetapi anak sedara atau orang utara kata anak menakan. Mohammad Marzuq berjaya mendapat 1A 4B manakala pesaing terdekatnya iaitu Illi Hurin Izyan berjaya mendapat 4A 1B.

Walaupun saya dapat 1A saya tetap happy. 

Ok. Saya dah dapat 4A. Saya mau handphone baru. 

Biasa la. Sebagai reward kena la bagi adiah kan. Jadinya sebagai pak menakan feberet, aku pun tanya la kat diorang nak adiah apa. Dua² jawab nak handphone. Pergh. Budak zaman sekarang. Illi siap nak handphone yang ada Bluetooth & memory card. Adoi. Demand tul. Tapi aku memang malas nak beli handphone. Baru 12 tahun nak masuk 13 tahun. They still young. Dah la macam² kes skarang ni. Semua punca dari handphone. Jadi amatlah berbahaya kepada kanak² atau budak² sekolah untuk memiliki handphone. Aku dulu umur 20 baru ada handphone sendiri. Brand Sagem. Huhuhu. Sebagai pengganti kepada handphone, aku adiahkan anak menakan aku ni jam tangan cap Casio. Mula² ushar Baby-G. Pergh. Boleh tahan gak harganya. Takpe la. Baru nak masuk form 1. Pakai jelah Casio. Kepada Marzuq plak. 1A je? Hmm. Nanti paksu belanja makan dah la. Hehehe.


Tadaaaaaa. Pink karer. Gegurl sangat. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...