Nov 23, 2010

Potong.. Potong.. Potong..

Tanggal 21 November 2010. Anak sedara aku Muhammad Nufail Nabihan disunatkan. Muahaha. Dah besar rupanya anak menakan aku sorang ni. Nufail antara anak menakan aku yang kacak bergaya. Sama macam Pak Su dia. Muahahaha. Dan aku telah melantik diri aku untuk menjadi photographer event Potong Memotong pada hari tersebut. Hehehe.

Appointment ngan Tok Mudim adalah pada pukul 8 pagi. Tapi disebabkan hujan rintik² angin bergelora.. maka pergerakan untuk ke rumah tok mudim menjadi agak perlahan kerana berbahaya untuk bot² kecil. Pe jadah aku merepek ni.

Sampai je umah tok mudim, pergh. ramai gak budak & parents tengah queue. Ada sorang budak tengah bersunat masa ni. Masak arr. Nak tunggu turn plak. Haish. Abang ipar aku tengok dalam list name, takde plak nama anak sedara aku. Aik. Rasanya dah booking. Aku re-checked. Haaa. CUCU LATIFF. Hahaha. Patut la cari tak jumpa. Disebabkan cucu Hj. Latib, makanya dapat layanan VVIP. Muahaha. Terus potong queue. Masuk terus pas budak yang 1st tadi selesai disunatkan.

Peace. Padahal dah nebes masa ni.

Cool.. Cool.. Cool.. Hadiah Sony PSP menunggu pasni.

Ni bukan Tok Mudim. Assistant je.

Dah macam Grey's Anatomy dah. 

Ni la alat pemotongnya. Takde pisau² gunting² dah. Hi-tech skarang.

Masa ni tengah suntik ubat bius. Pergh. Aku pun rasa ngilu time ni. Hehehe.

cuba ditenangkan oleh umi & baba. 

the foreskin. perlu tanam benda ni.

Tadaaa. Dah settle. Dapat RM50 dari Pak Tok. Huhu. 

Terus balik rumah Mak Tok yakni rumah mak aku ler. Setengah jam pastu bermulalah acara latihan vokal. Hahaha. Obat bius dah abis. Apalagi. Meraung laaa. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...