Jan 1, 2011

Kalumpang

Kalumpang bukanlah singkatan daripada Kau Aku Nak Lempang. Kalumpang adalah sebuah daerah dalam jajahan Selangor. Sebelah dengan Tanjung Malim. Dekat dengan UPSI. Ada apa dengan Kalumpang. Ada AIR TERJUN. Tu je nak bagitau. Introduction macam nak jawab soalan esei Geografi Tingkatan 3.

1/1/11 jam 8.30 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon oleh opismate aku iaitu Abang Gee (panggilan mesra oleh gadis2) @ Achik.  Achik call ajak pegi mandi air terjun. Aku pun dengan mamai kata OK je. Ad hoc program. Meeting point kat Public Bank Sabak Bernam. Achik mula-mula plan nak pegi Lata Kinjang or Kuala Woh. Aku plak suggest Kalumpang sebab aku tak penah pegi lagi. Lata Kinjang & Kuala Woh dah penah pegi masa kakak aku stay kat Tapah dulu. Tapi tak kisah pun pegi mana2. Achik decide pegi Kalumpang sebab dia kata OK gak.

Gerak dari Sabak kol 10 lebih, sampai Kalumpang dalam 11 lebih. Sejam gak la masa perjalanan. 2 kereta. Kereta pasangan suami isteri dan kereta orang bujang. Hehehe.


Masuk RM5


Mujur tak ramai orang sangat. Cari port nak parking barang. Cuaca pun best. Tunggu apa lagi. Terjun laaa. Tapi perlu di ingat disini. Arus deras di sini agak berbahaya kepada bot-bot kecil anak-anak kecil. Kalau tak caya tanya Gab yang hanyut di bawa arus deras. Hehehe.



 Budak Sabah & budak Kedah yang excited jumpa air. hehehe.

 Bermesra suami isteri


Wife achik masakkan mee goreng & nugget. Nyum nyum. Sodap. Mulai 1 Januari 2011, pengunjung tak boleh bawak makanan berat. Boleh kena denda RM200 jika kantoi. 

 Tengah seronok je main air tiba-tiba ternampak binatang ni. Pergh. Aku memang geli dengan katak. Euww. Memang pandai dia buat penyamaran. 

 Muka sedih nak balik. Tak puas mandi. Hahaha.

Bilik Persalinan umpama Bilik Bersalin. Lama bebenor nak tunggu turn. 

Pas abis mandi manda op coz la lapar. So kitorang pegi makan Pau Yik Mun.

 Nyum-nyum. Sebab ni 1st time aku makan pau kat sini, so aku pun try la semua jenis pau. Read Bean, Kaya, Ayam & Daging. Semua sedap. Nyum nyum.

 Isi padat.

White Coffee. Superb.


Kenyang perut senang hati

 Don't worry. Ada cop halal Jabatan Agama Islam Perak lagi. 

 Menu yang panjang lebar.


Sampai rumah dalam 5 lebih. Fuh. Letih siot. Tapi best. Good starting for a new year. Hopefully ada program lagi pasni. Achik.. pasni kalau ada apa-apa program ajak la lagi. Tapi jangan la ad hoc. Huhuhu.  Kalau korang yang nak pergi Kalumpang atau nak buat program di sini, boleh ushar website diorang. http://www.kalumpangresort.com.my

p/s: Sampai sekarang ada lagi air dalam telinga aku. Camne nak kasi keluar ini air. Haish. 

7 comments:

yesterdayrising said...

makin cantik gambar2 anda.coool~

Unknown said...

trimas. masih dalam proses pembelajaran. harap dapat beri tunjuk ajar.

miSs dee 4 dino said...

zafir,
thumbs up!gambar superb..aku xbaca pun cerita tgk gambar je..tahniah2..

Unknown said...

missdee,
ahaks. superb mendenya. merepek je shot. main blasah je. x baca? kalau camtu kena wat blog baru. gmbr je. hehehe.

miSs dee 4 dino said...

camne nak baca, terpegun tengok gambar2 tuh..tp siyes cantik..dah macam pro..syabas2..

miSs dee 4 dino said...
This comment has been removed by the author.
yesterdayrising said...

blog bergambar saya =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...