Feb 11, 2011

Happy Birthday February


Its February again. 5 orang family members aku sambut birthday bulan ni.
  • 1 February 1998 - Illi Hurin Izyan Shamsul Anuar (Anak sulung kakak aku yang no. 2 merangkap anak sedara perempuan sulung).
  • 3 February 2006 - Muhammad Niyaz Nabihan Mohd Azhar (Anak bongsu kakak aku yang no. 3 merangkap anak sedara bongsu).
  • 6 Ferbruary 1940 - Hj. Latib Nordin (ayahanda tercinta)
  • 17 February 1980 - Ahmad Ahzam Latib (abang aku no. 5)
  • 26 February 1971 - Hijran Latib (kakak aku no. 2)
Tudia. 5 orang sekali sambut birthday. Ramai aih.

Beriya Niyaz tiup lilin. Tapi tak padam-padam.

Ok. Dah padam.

Happy Family. Family Kak Ah.

Abang, Illi, Kak An & Niyaz. Tak cukup sorang. Bapak aku tengah makan laksa kat dapur time ni.

Kak Ipar. Pregnant 8 bulan. Bakal dapat anak sedara ke-9. Fuh.


Konon-konon comey la camtu. Huhuhu.

Macam biasa la. Birthday party mesti ada makan-makan. Menu untuk hari tu ialah Laksa Penang & Karipap. Laksa mak aku memang power. Superb. Tapi aku dengan Laksa ni kureng sikit. Spesis makan sekali je pastu tak tambah-tambah dah. Cannot go sangat la. 



Apa yang aku dapat detect pasal family aku yang lahir bulan 2 ni ialah:

  • 2/3 berambut kerinting. Bapak, Abang Azam, Kak An. Illi separuh kerinting, Niyaz lurus. ;p
  • Tona kulit agak kurang cerah. Hehehe. Takde la itam legam. Sawo matang. Ceh. Bajet aku ni cerah sangat. ;p
  • Kuat berangan. Tapi Alhamdulillah angan-angan telah pun menjadi kenyataan. Betul tak abang. Hehehe.

Apapun aku nak ucapkan selamat hari lahir. Moga panjang umur dan murah rezeki hendaknya. Diberikan kesihatan yang sempurna untuk terus beribadat dan berbakti sebagai khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah. 

Ni aku cedok dari Dr. Fadzillah Kamsah. Rahsia Bulan Kelahiran. 

FEBRUARI



 Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

p/s: Baru aku perasan, aku lahir bulan 5 (saja nak habaq) dan kakak aku yang sulung pun bulan 5 dan sepupu aku pun bulan 5. Apa persamaan kami adalah kami semua merupakan pendidik. Kakak aku ustazah, kazen aku English Teacher, aku lecturer. Suratan atau kebetulan? Jeng jeng jeng. 

1 comment:

hardy boy said...

nice blog. Aku sdh follow ko, jgn lupe follow aku juga..hehehe...
http://www.princehardy.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...