Mar 7, 2011

Weekend with bloggers.

Tajuk entry bajet best. Hahaha. Last week aku balik Penang. Hari Khamis, 03/03/11. Dengan berbaju batik terus shoot balik Penang bersama ketam 4kg yang di beli di pantai BNO. Ketam kat sini murah sikit dari Penang. 1kg=RM17. Sampai rumah, SURPRISE!!!. Hahaha. Aku tak inform parents aku yang aku nak balik Penang. Malam tu plak ada kenduri arwah kat masjid. Bapak aku masak gulai ikan. Imam besar masjid aku telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mat Zain. As usual, mesti la kena tolong bapak aku kat masjid.

Jumaat, 04/03/11. Razak Shaari a.k.a Ajax. Pemilik blog http://harumbiru.blogspot.com call aku. Flight dia dari Kuching-Penang dah sampai. So aku kena pickup dia kat Jetty Butterworth. Tujuan dia datang dari jauh adalah untuk pergi kenduri blogger lagi sorang iaitu Azlan Muharram. http://abmmlk.blogspot.com/. Sebenarnya Ajax dah book aku dari tahun lepas untuk pergi kenduri Lan nih. Sebab tu la aku balik Penang. Hehehe. Malamnya, cam biasa, pegi masjid lagi sebab ada kenduri arwah. 3 hari 3 malam. Mujur ada si Ajax ni. Rajin gak dia tolong kat masjid. Basuh talam. Hehehe. Thank you Ajax. Pas settle kenduri, jalan2 kat uptown Perda pastu call Syed Pali & Zhafran yang baru balik main badminton kat Aloq Setaq. Lepak Sungai Dua, pekena Char Keow Teow. As usual, lepak ramai2 sambil kutuk mengutuk amalan mulia. Hahahaha. Mekaseh Syed yang semakin tuff belanja Char Keow Teow.

Ajax yang malu-malu tahik kucing. 

Sabtu, 05/03/11. Pagi2 mandikan MYVIos aku. Kol 10 kejutkan Ajax tdo. Jet lag katanya. Maunya tak bangun kol 10, malam tu kol 2 baru balik umah. Hehehe. Kol 11 gerak dari umah aku menuju ke Pokok Sena, Kedah. Kol 12  lebih kami dah sampai rumah kenduri. Call pengantin, tanya kol berapa bersanding. Takde sanding tapi rombongan lelaki pegi after Zohor. Hmm.. Lambat lagi nih. Terus patah balik g jumpa pengantin dulu. Pengantin stay kat homestay. Sementara tunggu Lan siap, Ajax ajak g minum. Sekali dia tak tahan godaan lauk pauk kat kedai makan tu, terus dia bedal makan nasi. Hampeh punya Ajax.

  Pengantin melangkah dengan machonya. 

Zhaf & Cikgu Nuar. Maaf gambar candid Zhaf tengah korek... hahahah..

Blogger Ajax yang suka senyum kambeng & blogger Lan yang makin gemuk. Hehehe. 

Myvios pun nak enterframe gak. Hehehe. 

Haha. Ana sudah kahwen lah. 


Ayang dah lapaq ni bang. Sabau yang. Kita ni pengantin. Cover sikit.  Hehehehe. 


Disebabkan kitorang gerak sekali rombongan pengantin, makanya makan pun sekali rombongan pengantin. Hehehe. Seronok makan dengan rombongan sebab ada orang layan. Bagus tul.


Pas kenduri, terus pegi Pekan Rabu. Walaupun haritu adalah hari Sabtu, pekan tu tetap nama Pekan Rabu. Hehehe. Boleh plak jumpa sepupu Ajax kat situ. Ajax beli pekasam daging rusa & aku beli kuih2 tradisional. Dodol & lain-lain. Pekena ABC & Cendol. Pastu gerak g umah abang Ajax kat Simpang Ampat, Penang. Then gerak g kedai abang aku plak kat Econsave Jawi. Malamnya aku call Nurul, ajak lepak sekali. Lepak kat Kiosk, Bertam. Dinner kat situ. Borak-borak sampai kol 11 lebih. Yelah, tak manis keluar lama-lama dengan isteri orang. Mekaseh Nurul belanja dinner malam tu. Hihihi.. Balik umah mandi & tidur. Fuh. Letih gila. 

Ahad, 06/03/11. Cam biasa, bangun kol 10 gak. Hehehe. Bawak si Ajax g jalan-jalan kat Pekan Ahad, pekan sehari depan umah aku. Makan Putu Mayung sambil lepak kat kedai makcik aku. Kol 2 lebih pas makan gulai ketam, terus siap2. Antar Ajax g airport Penang. Flight dia balik Kuching kol 5 lebih. Patah balik g mainland, singgah Econsave Jawi lagi. Mak aku kirim gulai ketam soh bagi kat abang & kakak ipar aku. Pas pow 9 ketul kaya balls & waffle kat kedai abang aku, terus shoot balik Sungai Besar, Selangor. Kol 8 lebih sampai. Skarang ni dah dekat kol 2 pagi. Aku nak tidur. Sekian sahaja cerita mengarut untuk kali ni. Jumpa lagi. Sorry lama tak hupdate blog. Huhuhu.

p/s: amacam Lan jadi pengantin baru? dengar citer kena ragging basuh periuk belanga di pagi hari. Hahahaha. 

2 comments:

Unknown said...

ehheh...kutuk aku ye....by the way..many thanks ye ajax dan zafir serta rakan2 yang hadir memeriahkan masjlis di kedah..

Unknown said...

muahahaha. ko dah masuk opis ke? cepatnya keja.. amacam jadi pengantin baru? seronok tak? hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...