Dah nama pun konvo, aku pun kena kerja la. 2 hari berturut². Tak suka betul bila kena kerja pada hujung minggu. Tapi dah nama pun tugas dan Berkhidmat Untuk Negara, makanya bertugas jugalah demi negara. Cewah. Datang kerja awal nak mampos. Sebelum pukul 7 pagi aku dah ada kat poli. Membebel ousemate aku sebab dia pun kena follow aku g keja awal. Hehehe. Ingatkan parent tak sampai lagi, rupanya dah banyak keta yang parking. Mujur la gak masa graduan ambil jubah dah edarkan flyer lokasi tempat letak kereta.
Barisan Ketua Kursus JMSK
Barisan Ketua Jabatan, Ketua Kursus & Ketua Program
Biro protokol.
Gadis² bunga manggar.
Ketua trafik. Gaya moonwalk atas moto. Hahahah.
Penolong ketua trafik. Hahaha. Don & Achik.
1st day trafik ok la. Sebab 2 jabatan je yang konvo. Jabatan Pelancongan Hospitaliti & Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Hari seterusnya trafik kucar kacir sebab 3 jabatan dan parents datang lambat so diorang menggelabah coz dah lambat. Jadinya diorang parking tepi jalan je. Aku dah maleh nak suruh parking kat tempat parking. Lantak korang la. Nak je aku marah "Datang kelas lambat, nak konvo pun lambat gak".. Huh..
Pas bertugas jaga trafik (crucial time 7am-9am), meronggeng kat gerai jualan la. Biasa la. Bila jumpa student je mula la kena pow. Mintak belanja. Adoi. Takpe la. Bukan selalu.
Muka riang pas dapat pow aku belanja Sup Meletop.
Paintball. Mantap gila budak ni. Gaya jelah. Hahaha.
Takde gaya langsung. Sila abaikan dabel chin tuh. Huh.
Tauhu goreng ni memang sedap.
Muka ex-student aku. Diorang konvo ari sabtu. Yang tudung itam tu best student.
Balik rumah memang letih gila la. Petangnya si Ajax call aku ajak hang out kat KL. Diorang ada kat sini sebab induksi kat Port Klang. Pergh. Memang tak berdaya. Qada tidoq. Tapi cuaca panas nauzubillah. Kejap je dapat tidoq. Mujuq la konvo setahun sekali & mujur la dapat cuti ganti. Huhuhu. Apa-apapun, tahniah kepada graduan & semua yang menjayakan majlis konvo kali ini.
2 comments:
satu-satunya ke? ad lagi laa.. ;))
itu batch dia. batch lain pun lagi kan? aizuddin tu pun 1nya graduan DSK. tp ni anak PA Cik Zana. hehehe.
Post a Comment