- 3-6 May 2011: Kursus Perisian Rekabentuk - Photoshop & Illustrator @ Qualitiy Hotel, Shah Alam.
- 9 May - 6 Jun: Kursus 3P - Oracle Database 11G Administrator Certified Associate @ Politeknik Seberang Perai.
Kurus Photoshop tu kursus PPK (Program Peningkatan Kemahiran). Sronok gak sebab tenaga pengajar dari Siffo.com. Photoshop tu aku ada la basic ckit² tapi paling best Illustrator. Sronok tul. Excited belajar menda tu. Hehehe. Pas lepak Shah Alam 3 hari terus shoot balik Penang. Yes. Balik kampung. Sebulan tu duduk Penang. Politeknik Seberang Perai dengan rumah aku tak la jauh sangat. 20 minit camtu la. Walaupun penginapan disediakan oleh pihak 3P aku pilih duduk rumah. Lagi bagus. Hehehe.
Hari Isnin daftar, Selasa start kelas. Gila ah belajar balik Oracle yang dah lama aku tinggalkan. Dulu belajar time degree version 9i. Skarang dah 11g. Pas balik kelas 1st, aku rasa tak sedap badan. Balik rumah terus tidoq. Telan panadol & 100plus. Esok bangun tu rasa cam ok. Sekali masuk bilik air, muntah terus. Aku pun p klinik nak ambik ubat & MC. MA situ rajin plak buat blood test. Sekali darah aku ada problem. Dia saspek denggi. Huh. Terkejut la gak. Then dapat MC 2 hari. Yezza. Esoknya tu datang lagi klinik. Sama gak result. Darah aku tak normal. Platelet aku rendah masa 1st day dan tinggi mendadak 2nd day. Normal 150-400. Tapi aku punya 130 1st day, 2nd day 890. Gilo. M.A tak puas ati. Dia soh datang lagi esok. Dapat lagi MC. 3 hari MC. Hehehe. Last² doktor tak puas ati, buat blood test hantar ke hospital. Rupanya aku thalassemia minor. La. Aku dah tau la aku ada penyakit tu. Saspen tul doktor ni. Kes platelet tak betul tu sebab aku kena serang virus. Tu yang demam, muntah & cirit birit. Tapi takde pape pun sebenarnya.
Ok. Berbalik kepada citer kursus. Selepas MC 3 hari campur cuti hari wesak, aku pun sambung kursus. Masuk kelas, pastu pengajar cakap next week exam. Bagus. Tak study mende. Op coz la aku lulus cemerlang kan. Hahahaha. Lulus mendenya. 25 orang kursus. 2 orang failed yang lainnya tu lulus cemerlang. 2 orang failed tu op coz la aku. Hehehe. Ada 2x test. Test 1 failed so dengan sengajanya aku gagalkan diri untuk test 2. Sebab kena lulus dua² untuk dapat certificate tu. Nak repeat boleh tapi kena lulus salah 1 & markah kena lebih dari 50%.
Pas kursus, balik Sabak Bernam. Pindah rumah plak. Adoi. Tak abis lagi penat berkursus, nak packing barang lagi untuk pindah randah. Pindah dari rumah sewa di Sungai Besar masuk ke Rumah Warden. Ye. Aku dah jadi warden. Haish. Tak percaya plak. Ingat aku tak boleh jadi warden? Garang ni. Hehehe. Sebabnya aku pindah duduk umah warden sebab aku mati kutu tatau nak pindah mana. Hehehe. Last² pikir baik jadi warden. Dekat ngan opis. Sungai Besar tu jauh sikit la. Minyak lagi. Sebabnya dulu aku duduk ngan Padil. Padil dah pindah duduk Kuala Selangor. Dari aku sorang² berulang Sg. Besar-Sg. Lang baik aku duduk dalam. Jimat duit. Boleh simpan duit untuk kawen tahun depan. Ewah.
Ok la. Tajuk je blank. Tapi berjela aku membebel. Sorry. Takde gambar. Rumah takde internet lagi. Baru p TM apply pindah Streamyx aku. Semalam p Rawang amik tv kat umah kakak aku. Amik tv dapat sekali dapur gas & rak pinggan. Hehehehe. Ok la tu. Duduk sorang² kat umah warden. Student pun takde lagi. Cuti semester. Nanti rumah dah cun ckit aku upload gambar. Skarang ni hodoh lagi. Tengah kemas² lagi. Ok ar. Nak update power point notes untuk semester depan. Takde la nota aku sama je setiap sem. Hihihi. Chow.
p/s: Selamat pengantin baru kepada kengkawan yang baru kahwin. Sorry la tak dapat p kenduri hangpa.
No comments:
Post a Comment