Mar 30, 2010

Induksi



Kursus Induksi Kumpulan 1 Bil. 3/2010. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Hotel Grand Continental Penang, 15-25 Mac 2010.Tudia. Panjang betul nama kursus. Kursus ni adalah untuk pengesahan jawatan. Al-maklum la keja kerajaan. First aku nak citer pasal hotel yang kononnya GRAND tapi haram tak grand lansung. Grand lagi Parkson Grand. Tah hapa² punya hotel. Seriously kalau korang nak duduk hotel ni amatlah tidak digalakkan. Sebenarnya kursus induksi diadakan di dua tempat. 1 kat Grand Cont (yang aku stay tu). 1 lagi kat Batu Feringhi. Of coz la kat Bt. Feringhi lagi best. Makan 6x. Kitorang makan 5x je. Supper takde.  Dah la menu sama je.  Btw, aku dilantik menjadi Biro Makanan. Hehe. Time makan mesti ada muka aku. Yang bestnya jawatan aku ni aku akan menjamu selera di meja VVIP. Tak payah la aku beratur panjang. Muahaha. Tapi aku juga dapat jawatan baru iaitu jadi Ambulans. Haha. Sebabkan aku orang Penang dan ada kenderaan, sesiapa yang sakit aku tolong hantar g klinik. 3x gak la aku hantar patient. Dapat gak ngulor. Tak payah dengar ceramah. Hehehe.

Aktiviti di kala kebosanan, main conteng² ngan Fadil guna Mr. Nokia aku. Hehe. 

Best gak la induksi ni walaupun penat asyik dengar ceramah. Naik tepu dengar ceramah. Ada yang best tu memang best nak mampos. Ada yang syok sendiri. Haish. Kat induksi ni gak aku dapat kenal kawan baru. Dapat buat networking dengan staf poli & kk yang lain. Tapi yang sedihnya kitorang kaum Adam memang pupus. 1 nisbah 4. Fuh. Adakah profesion perguruan kurang diminati oleh lelaki? Renung-renungkan. Hehehe. Kaum Hawa yang datang mostly mak² budak. Yang single / anak dara / gadis comel semua dah jadi tunangan orang. Huh. Hampa hatiku.

Part paling menarik adalah pengucapan awam @ public speaking. Pergh. Aku jadi orang pertama. Maklum la nama aku start dengan 'A'. Haiya. Tah hapa² yang aku merepek pun aku tatau. Main tibai cakap je kat depan tu. Tapi rasa lega gak sebab jadi orang pertama. So time orang lain aku leh lepak dengar jelah. Banyak gak topik menarik yang peserta lain buat.  Dapat la gak info baru.
Nyenyak aku tidur sampaikan orang snap picture pun aku tak sedar. Huh.

Hari last adalah hari yang dinantikan iaitu exam. Pergh. Lain yang dibaca lain yang keluar. Memang klise sangat kan. Papepun kena jawab gak soalan² tu. Takut gak kalau repeat. Tapi kalau repeat kena datang amik exam soalan esei je. Time aku jawab final tu ada la 5-6 orang senior yang failed time induksi kat Pulau Pangkor. Rasa cuak plak. Doa²kan moga lulus dengan jayanya.

Berposing depan hotel. Malam tu ada BBQ. Terlebih makan kambeng semua jadi biol. Hahah.

2 comments:

Juliet said...

Ape ape pon, posing ko paling mantops utk piccha kedua tue ! I loikee :D

Unknown said...

haha. berangan jadi model Levis. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...