May 28, 2010

Jalan-jalan Sabah bah.

15-19 Mei lalu, aku merehatkan diri dengan melancong ke Kota Kinabalu, Sabah. Hehe. Banyaknya duit pegi melancong. Takdelah banyak pun. Kos seorang dalam RM200++ je. Flight Air Asia = RM123 (LCCT-KK,KK-LCCT), Tune Hotel = RM44.84 (5 hari 4 malam). Sewa keta RM80 sorang untuk 5 hari. Myvi & Viva. Murah giler kan. Itulah faedahnya beli tiket awal & time promotion. Kitorang beli tiket ni dari tahun lepas. 9 orang pegi. Kawan2 masa degree dulu.

Day 1

Gerak dari LCCT ke KK. Sampai je terus amik keta sewa. Jumpa dengan Helmi, pemandu pelancong kitorang. Hehe. takdelah. Helmi tu member masa belajar kat UTeM. Dia orang Sabah. Dia la yang banyak tolong kitorang masa ada kat sana. Kitorang terus gerak g check in hotel. Tapi sebab masing2 kebulor, singgah makan dulu. Pergh, agak mahal harga makanan kat KK. Kebetulan hotel kitorang sebelah shopping mall, One Borneo. Memang best ler. Pastu aku pun contact la si Bahril @ Piau. Dia keje kat Politeknik Kota Kinabalu. Malam tu kitorang g makan kat Gayang. Pergh. Superb seafood dia. Harga pun affordable. First time makan siput tarik yang rupa saling tak tumpah cam siput babi. hahaha. 

kat airport KK

Nyum nyum

Gayang

Day 2

Kitorang plan nak g Poring Hot Spring. Gerak awal giler. Aku ingatkan gelap cam kat semenanjung la. tapi dah terang benderang walhal baru kol 6.30 pagi. haish. Pegi Pasar Tamu dulu kat KK. Beli apa yang patut, Pastu baru gerak menuju ke Poring. Singgah pasar apa tah. sorry tak ingat nama. Kebetulan ada pesta Tadau Keamatan. Pastu sampai Poring. hujan la plak. Gila jauh. Jalan mencabar nak mampos. Berkabus. Haish. 

 kat kaki Mount Kinabalu

berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu


Day 3

Hari yang ditunggu-tunggu. Island hoping. Nasib kitorang baik sebab pegi weekdays. Jadinya harga tiket murah sikit berbanding weekend. 3 pulau kitorang pegi. 1st Mamutik Island, 2nd Sapi Island, 3rd Manukan Island. 1st time aku snorkeling. Bergelen-gelen la gak air laut aku telan. haha. Pastu baru lah ok pas mendapat tunjuk ajar dari Yamin. Hehehe. Best giler sebab dapat tengok ikan, coral. Pergh. Memang rasa nak datang lagi la. 

 Muka excited nak pegi pulau. heheh

Hikmat berjalan atas air

Boleh nampak ikan berenang-renang. rasa cam nak tangkap je.

Day 3

Kitorang gerak pegi Monsopiad Cultural Village. Puas jugak la mencari. GPS lak menipu. Akhirnya sampai gak. huhu. Yang tak sedanya nak masuk kat sini bayaran dia agak mahal. RM45 untuk dewasa. Sapa ada student kad kena bayar RM20 je. Huh. Tapi dah sampai, bayar jelah. Dapat welcome drink gak. Hehehe. Tapi pas tour tu memang rasa berbaloi la dengan RM45 tu. Tour guide (Cik Norma) plak memang banyak mulut dan info yang diberi memang best. Kitorang tengok tarian tradisional sabah, main permainan tradisional, makan ulat sagu, melawat umah Head Hunter. Seram seramik bila masuk rumah head hunter. Ada dalam 46 tengkorak tergantung dalam rumah tu. Pergh. Scary. 

Siap menari tarian buluh

Day 5

sebab flight kitorang kol 2 petang, jadinya sempat pegi Pasar Filipina beli cendarahati & borong mutiara. Aku takde la beli mutiara ke apa ke. Aku beli ikan kering je. Hehe. Malas la beli cendarahati. Bukannya apa. Kalau nak beli kena beli kat semua orang. Opismate je dah berapa orang, Member2 lagi. better tak beli pape langsung. Lagi selamat. Hehehe.

Papepun trip ni memang best giler. InsyaAllah ada rezeki maybe kitorang g jalan2 lagi kot. Tapi tatau lagi ke mana. Mastermind (zaki & yamin) sila plan next trip. Heheh. Moral of the story from this trip ialah sentiasa bawak kad student walaupun kad student anda dah expired dan sememangnya anda dah takde rupa student dah pun tapi perlu bawak untuk dapatkan diskaun (student price). Kedua ialah bawaklah kamera sendiri. Akibat aku tak bawak kamera (sebab memang takde kamera) terpaksa la tumpang pose kamera member2. Haish. 

3 comments:

LanaBusyBee said...

eeeee beshnya, ruby dh book dh g sabah tahun depan...tapi xtau la leh g ke tak huhuhu(takut tgh pregnant or dlm pantang agagaga)...

tune hotel murah kan...korang book awal gak ke?

Unknown said...

mmg best cik ruby. (pasni pn ruby). hehe. kwn aku yg pregnant pn slamber je p. tp xde la wat snorkling.

tune otel murah giler. semuanya book awal. :D

zachsta said...

nanti encik zafir plak yg plan ye haha...yamin kata mau ke phuket :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...