Jun 3, 2010

Tribute to my brother

Pendeknya aku.


06/06/2010. Tarikh akad nikah my beloved brother, Ahmad Ahzam. Pergh. Abang gua sudah mau kawen. Gua bakal dapat kak ipar baru. Ok. About my bro. He was born on 17/02/1980. Umur 30 tahun baru nak kawen bang. Haish.

Ni nak citer pasal relationship aku ngan abang aku. Ececece. Touching lak. Walaupun aku ada 6 orang adik beradik, 3 kakaks & 2 abangs, tapi abang aku Ahmad Ahzam atau panggilan manja "Abang" la yang paling rapat ngan aku. Maybe sebab gap umur kami yang tak banyak beza kot. 2 tahun je. Masa kecik selalu gaduh. Tapi biasa la. Adik mesti la menang. Abang mesti la mengalah. Hehehe.

Time aku sekolah rendah mesti g sekolah sama². Naik basikal. Basikal mini kan ada carry kat belakang. So tu la seat aku. Sampai la darjah 3 dapat basikal baru. Basikal ni pun beli duit abang aku. Main kutu. Dia main kutu aku yang dapat basikal. Masa sekolah rendah abang aku player bolasepak & aktif sukan la gak. Aku? Harammmmm. Ramai tak caya abang aku tu adalah abang aku. Sebab memang kitorang totally different. Aku lebih kepada pancaragam sekolah & pengawas sekolah serta ahli kumpulan nasyid. Abang aku plak sportsmen. Haish.

Pastu sekolah menengah, abang aku pegi sekolah asrama kat town. Tinggal la aku sendirian kat umah. Weekend je dapat jumpa. Kalau dia tak balik, kitorang akan g melawat dia kat asrama. Pastu form 4, abang aku masuk sekolah teknik. Amik civil. Then masa aku abis PMR, aku pun menggedix apply teknik. Biasa la, nak follow abang kan. Aku pun mintak civil tapi dapat commerce. Huh.

Pastu abis SPM, abang aku sempat la masuk program Pra-U. Membazir duit tul. Tak masuk U pun sebab kantoi. Hahaha. Pastu dia masuk PUO. Then aku pun amik SPM, aku pun apply poli gak. Dapat PSP. Abang aku ni memang sumber inspirasi aku. Dia gak penasihat aku. Papehal aku akan refer kat abang aku walaupun kadang kala aku rasa jawapan dia sama sekali tidak membantu. Ceh.

Pas PUO abang aku terus keja kilang Acer jadi technician. Lama gak la dia keja kilang. Tak mau sambung belajar dah. Konon nak support adik. Terharu seh. Walhal sumber kewangan aku tetap bapak aku gak. Cuma kadang² sesak napas, gunakan talian hayat abang aku. Call je terus duit masuk. Hahaha.

Pastu abang aku dapat keja gomen. Technician USM. Aku plak dapat sambung study kat UTeM. Memang tarikh lapor diri kitorang sama. Makanya, berjauhan la dua beradik ni. Haish.

Tup². Abang aku dah nak kawen. Walaupun pada mulanya malu² kucing. Family arrangement. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku pun cam tak caya je abang aku nak kawen. Papepun, Selamat Pengantin Baru abang. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Pasni time kenduri sure aku kena fire bertubi² dengan sedara mara aku. Abangnya sudah, adiknya bila lagi. Tettttt.

Sapa lagi kacak? Adik atau abang? Hehehe.

5 comments:

cik dandelion said...

mesti la adik dia lg hensem. fuiyo makin hensem ye abg zafir sekarang..

miSs dee 4 dino said...

terharu baca ko nye cite..

look-luck said...

achik...selamat pengantin baru
....jangan gelojoh aaaaaaaaa...

farah said...

macam kembaq laaaaa.....~~

Irmayanti said...

selalunya yang abg hensem lg dr adik. macam kakak lebih cantik dari adik. tp ko lain sket. ko lebih hansam dr abg ko. kui kui kui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...