Jan 13, 2011

Derma Organ

Disebabkan aku tak dapat menderma darah, makanya aku derma organ sebagai ganti. Hahaha. Bukannya aku derma sekarang, derma selepas aku tiada di dunia ini lagi la. InsyaAllah. Jika anda semua mahu menjadi penderma seperti saya, silalah layari laman sesawang A Gift Of Life. Free je daftar. Selepas daftar, dia akan email untuk arahan seterusnya.

Agak efisien diorang buat kerja. Cepat betul diorang proses permohonan kita. Dalam seminggu dua dah dapat kad penderma. Tapi kad tu agak mengecewakan. Kad kertas je pun. Isi nama & laminated sendiri. Cuba la bagi kad macam kad kredit tu. Haish. Takpe la. Janji niat nak menderma tu yang penting.



Aku pilih untuk menderma semua organ & tisu aku iaitu:

  • Kidneys
  • Heart
  • Liver
  • Lungs
  • Eyes
  • Bones
  • Skin
Amik jelah semua organ aku bila aku sudah tiada. Jadi kepada ahli keluarga saya, jika saya meninggal dunia silalah dermakan organ saya kepada pihak berkenaan. Jika masih hidup pun kita masih boleh menderma. Antaranya derma hati. Hati boleh tumbuh semula. 

Statistik menunjukkan orang Melayu masih sedikit menjadi penderma berbanding bangsa lain iaitu Cina & India. Dalam Islam juga membolehkan kita menderma organ.  Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://www.agiftoflife.gov.my

1 comment:

theblabber. said...

dude,
u r really an inspiring. reminds me of my kawan yang sakit cacer who also decided to donate his organ bila dah meninggal nnt.

i always be wanting to do so, but mom macam tak berapa nak bagi.dah siap amek borang pun. and now macam serba salah.

apa pun, congrats!! bukan semua orang berani macam anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...