En. Nakoe.
Tapah. Lama gila aku tak pegi Tapah. Last aku p sana masa tu kakak aku mengajar kat sana. Sek. Men. Buyong Adil sebelum pindah ke Rawang. Jadinya pagi tu jumpa CNQ pukul 7.30 pagi. Biasa la. Janji Melayu. Pergi ambil Kak Mar & Sarah dulu kat kuarters polis Teluk Intan. Dah alang-alang sampai rumah Kak Mar, bekpes terus la kat sini. CNQ buat spageti goreng masin. Hahaha. Masin-masin pun 2x tambah. Nyum nyum. Ranap basikal Sarah.
Trip kali ni menaiki kereta kodok itam CNQ. Macam biasa la. Aku kalau dah jadi penumpang, duduk belakang pulak tu nescaya tidur sepanjang perjalananlah jawabnya. Hehehe. Aku buka mata je nampak signboard Lubuk Katak, Tapah. Uiks. Dah sampai. Sampai-sampai makan rambutan dulu. Muahaha.
Buah rambutan di luar pagar, ambil galah CNQ jolokkan. Hahaha.
Sarah jadi tukang kutip rambutan. Cute kan.
Isi tebal & lekang. Mantop.
Pas makan rambutan kat luar umah, kononnya nak pergi mandi sungai terus. Sungai belakang rumah je pun. Masuk rumah tengok ada durian & pulut plak. Cepat tul makcik CNQ masak. Apa lagi. Layan pulut durian plak. Nyum nyum.
Durian
Puluit bak kata Nakoe. Hahaha.
Settle je makan, apa lagi. Terjun la. Mula-mula aku risau gak sebab tengok arus cam deras je. Test kedalaman air dulu. Pergh. Paras leher. Dalam gak ni. Dah la tak pandai berenang. Mau lemas aku. Hahaha. Jadinya sebagai langkah keselamatan, main kat tepi sungai jelah. Hahaha.
Nakoe sedang demo cara berenang gaya bebas.
Sarah yang mula-mula malu kucing pastu dah tatau malu dah. hahaha. Peace Sarah.
Duta Olay baru. CNQ. Wakakaka.
Dah puas berendam balik ke rumah makcik CNQ pulak. Lunch. Menu: Ikan patin, rebung, ayam goreng, buncis, ulam-ulaman & spageti goreng pagi tadi. Hahaha. Sebab aku tak makan nasi, belasah spageti goreng untuk kali ke-3. Nyum nyum..
Perut pun sudah kenyang. Mintak bantal kat tuan umah. Gila tak malu langsung. Wakakaka. Layan tido dulu. Bangun tido minum petang plak. Pisang & ubi goreng bersama teh O. Pergh.
Layan makan rambutan sambil main game.
Sarah yang dah tak sabar nak balik Teluk Intan.
Selepas solat asar, kitorang pun packing barang dan berangkat pulang. On the way singgah beli air kelapa lemon laici. Kalau kat kampung aku ada ayaq nyioq lemon ja. Ni ada laici sekali. Not bad rasanya. All in 1.
4 bungkus. So refreshing bak kata Nakoe.
Lepas hantar Kak Mar & Sarah balik kuarters polis kat IPD Teluk Intan, kitorang pegi Giant Teluk Intan untuk membeli belah. Then singgah Batu Lapan untuk dinner. Fuh. Ponat tapi best. CNQ, next time hang nak p rumah makcik hang roger la aku. Nak p lagi. Seronok sangat. Hehehe.
No comments:
Post a Comment