Feb 17, 2011

Jabatan sokongan vs Jabatan Induk

Tudia. Tajuk nak kontroversi. Hahaha. Bukannya apa. Saja ja. Cuma luahan perasaan. Hehehe. Ok. Bagi sesiapa yang tak tau sistem politeknik (tempat aku kerja). Kami ada jabatan akademik. Pecah kepada dua. Jabatan Induk & Jabatan Sokongan. Induk ni macam Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam & so on.. Kalau kat U kita panggil Fakulti. Lebih kurang camtu la. Manakala Jabatan Sokongan plak macam jabatan aku iaitu Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK). Jabatan Pengajian Am (JPA) pun jabatan sokongan gak.

Apa beza jabatan ni? Ok. Jabatan Induk of course la ajar core subject diorang manakala jabatan sokongan cam JMSK ajar matematik, komputer & sains. Sama gak dengan JPA ajar english, pendidikan Islam & Moral. Fuh. Introduction dah 1 perenggan. Hahahah. Jadi apa masalah aku sekarang ni? Aku takde masalah sebenarnya. Cuma kadang2 berbulu gak tengok lecturer2 jabatan induk ni. Ada setengah tu yang macam berlagak gila duduk kat jabatan induk. Pandang sebelah mata je staf jabatan sokongan ni. Padahal sama2 mengajar. Tak paham betul aku.

Tak dinafikan kerja kat Jabatan Sokongan ni agak relax berbanding Jabatan Induk. Sebabnya kami tidak ada anak PA (Penasihat Akademik) & tak perlu sebok siapkan slip exam student bila abis final. Tapi kadang2 anak PA diorang lebih senang berborak masalah diorang kat kitorang. Kiranya anak angkat la kan. Hehehehe.

Isunya ialah tak kira la kau keja kat jabatan mana pun, respect each other. Kita kerja dalam organisasi. Dari makcik cleaner sampai la pengarah. Semua contribute untuk organisasi tu. Kalau takdak makcik cleaner, sapa nak sapu sampah kat opis? Takde technician sapa nak baiki barang rosak? Jadinya berbaik la sesama staf. Jangan menyombong diri. Aku belajar ni pun dari bapak aku. Bapak aku kerja dari bawah. Dan dia selalu cerita pasal pegawai atasan yang tak sedar diri. Selalu pesan kat aku jangan sombong diri.  Sebab tu la aku berkawan dengan semua orang. Dari makcik cleaner, technician, pegawai. Semualah. Ada yang cakap diorang ni tak sama level. Pegawai kena kawan dengan pegawai je. Hmm.. Entah la. Pendapat masing-masing.  Bagi aku takde rugi pun berkawan dengan diorang. Lagi untung ada. Nak mintak tolong apa2 senang je sebab kita kenal orang tu.

Jadinya, hidup ni kenalah rendah diri. Jangan sombong sangat. Hidup ibarat roda. Kadang-kadang diatas kadang-kadang dibawah kadang-kadang kempis sebab kena paku. Harapnya aku takkan sombong kalau naik pangkat ke apa. Takut juga lupa diri. Tu je nak cakap. Nak tido. Babai. Kalau ada sesapa terasa, mohon maaf. Emo sikit malam ni. Hehehe.

1 comment:

jas imran said...

lemas ngan orang yang suka pilih bulu klu nak berkawan...
aku suka kawan ngn makcik cleaner sbb nti depa akan bersihkan tempat aku sungguh2... tp aku ikhlas okey... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...