Aug 7, 2011

Warden oh Warden

Assalamualaikum.. Hi my blog readers.. Tudia.. Punya lama hilang.. sebelum ni tiap2 minggu ada entry baru. Pastu 2-3 minggu baru update blog.. Pastu sebulan sekali baru update blog.. Ni haaa.. Dah berbulan-bulan baru nak update.. haish..

Sebelum tu nak ucapkan kepada seluruh umat Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & sama-samalah kita mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan ibadah kita. Puasa aku tahun ni paling sedih sebab berbuka sorang2. Sahur pun sorang2. Dah takde housemate cam tahun-tahun lepas. Pasaipa? Ni nak cerita la ni.

1 Julai 2011 secara rasminya aku telah dilantik sebagai warden. Lantik pun sebab aku yang mintak nak jadi warden. Hehehe. Semuanya pas ex-housemate aku berpindah ke rumah barunya. So tinggal la aku sorang2 kat rumah sewa tu. Dari berseorangan dan berulang alik Sungai Besar-Poli 70km sehari, baik aku pindah duduk dalam kawasan poli. Jimat belanja. Kebetulan ada kekosongan rumah warden. Memang rezeki aku la kot. Apply jad warden. Alhamdulillah dapat jadi warden start bulan lepas.

 Harap-harap tak jadi warden jahat cam warden Raja dalam citer Juvana. Hehehe.

Aku dapat jaga blok A2. Blok senior. Lebih kurang 250++ penghuni blok aku. Tapi bukan aku sorang yang jaga blok ni. Ada la warden lain. Menjadi warden ni mencabar juga rupanya. Budak2 ni jauh dari family. Jadi tanggungjawab warden la untuk menjaga kebajikan pelajar. Kalau sakit, tolong hantar g klinik/hospital (dalam sebulan aku jadi warden dah 8x antar budak g spital. -.-").  

Aritu sembang2 dengan bos aku. Dia tanya camne jadi warden. Aku cakap ok la. Dia cakap ada 2 jenis warden. Warden yang student benci & warden yang student sayang. Yang benci tu sebab dia garang & tak mesra student. Yang disayangi tu warden yang rapat & mesra student. Tapi akan ada masalah. Kalau baik & rapat, student akan jadi mesra dengan kita dan anggap kita sebagai kawan. Tapi masalahnya bila dah jadi kawan, diorang akan ilang respek & anggap kita kawan2. Ok. Aku dah kena. -.-". Aku warden jenis no. 2. Haish. 

Ramai-ramai datang lepak tgk bola Malaysia vs Singapore. 

Memang aku rapat dengan student. Nak datang lepak umah? takde hal. Nak masak megi kat umah aku? takde hal. Nak datang tgk tv? takde hal siap tetido depan tv. Nak tompang balik kampung? takde hal siap hantar depan pintu umah. Nak bawak bergurau pun takde hal. Nak citer masalah cinta pun takde hal. Sebab aku dah jadi rapat dengan budak2 ni, aku dah dapat masalah. Budak2 ni ilang respek kat aku. Aku tak salahkan diorang. Mungkin diorang lupa aku sapa. Aku warden & lebih tua dari diorang. Memang tua pun. 10 tahun beza ok. So sekarang ni aku cuba menjarakkan diri aku dengan budak2 ni. Bukannya tak nak kawan terus cuma aku nak diorang respek balik kat aku. Kalau tak respek sebagai warden pun at least respek as orang yang lebih tua dari diorang. Haish.

Hasil rampasan rokok. 

Jadi warden baru ni susah gak. Budak2 tak kenal aku sapa. Bila g meronda, budak2 wat bodo je. Siap tanya lagi aku ni sapa? hampeh tul. Aku rajin gak meronda blok. Bole kata setiap hari la aku meronda. Saje je. Lagipun bosan duduk kat rumah. Jalan2 meronda. Mostly budak yang duduk blok aku ni ex-student aku. Aku penah ajar diorang sebelum ni. So takde masalah la nak kenal sangat. Yang jadi masalah bila bukan ex-student aku. Tu yang diorang tak kenal tu. Budak sem 1 pun tak berapa kenal. Bila aku lalu meronda je "eh. warden ke tu?". Tu pun bila aku tegur suruh tutup lampu. Peraturan kat sini pukul 11 malam dah kena tutup lampu. Pasang lampu study je. Kunun nak jimat letrik. Padahal sama gak. Huhuhu.

Ok. Nak sambung wat soalan final. Ilham tak sampai-sampai2. Tiba2 rindu nak tulis blog padahal keja tak siap lagi. Hehehe.

p/s: jangan lupa pegi terawih malam ni. Bila lagi nak pegi terawih. Bulan puasa je ada walaupun sunat je. Selamat berpuasa & selamat hari raya. hehehe.

4 comments:

jas imran said...

diorang ingat ko student jugak kot masa round2 tu. haha...
lain kali nak ronda-ronda bawak rotan skali baru zasss!!! :p

Unknown said...

saya nk tumpang umah warden le x...x nk duk hostel..

Unknown said...

saya nk tumpang umah warden le x...x nk duk hostel..

Auni Aizie. said...

susah kot jadi warden . Arghh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...